USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: USM TERUS KE HADAPAN

https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/45888-usm-terus-ke-hadapan

August 27, 2022 Written by Media Baharu

(Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan ketika penyerahan Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Presiden Lembaga Teknologis Malaysia, Datuk Ts Ir.Dr Siti Hamisah Tapsir)

GEORGE TOWN, 27 Ogos 2022- Universiti Sains Malaysia (USM) melangkah setapak ke hadapan dengan menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).

Industri teknologi dan maklumat terus diberi penekanan oleh USM dengan kerjasama erat bersama MBOT.

Ia secara tidak langsung berupaya menjadi pihak pembangunan modal insan negara, khusus di USM dengan penggunaan teknologi terkini yang canggih.

Menurut Profesor Dato' Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan, Naib Canselor USM, "program-program yang ditawarkan oleh USM insya Allah akan diberi pengiktirafan oleh MBOT."

"Latihan bagi kakitangan akademik ataupun bukan akademik di USM juga akan menerima pengiktirafan menerusi kerjasama ini bagi memastikan kepakaran kedua-dua pihak dibangunkan untuk manfaat bersama," kata beliau.

Terdahulu, Profesor Dato' Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Presiden Lembaga Teknologis Malaysia, Datuk Ts Ir.Dr Siti Hamisah Tapsir.

(Profesor Dato' Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan, Naib Canselor USM)
 
-Sumber daripada berita.rtm.gov.my
  • Created on .
  • Hits: 301

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024