USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: JING NING IDAM AKSI NEGARA

https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2022/08/872515/jing-ning-idam-aksi-negara

Affan Rostam
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
JING Ning juara badminton wanita SUKIPT.JING Ning juara badminton wanita SUKIPT.

Tanjung Malim: Selepas memenangi pingat emas di Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022 semalam, jaguh badminton perseorangan wanita Universiti Sains Malaysia (USM), Lim Jing Ning memasang impian untuk mewakili negara pula.

Dia berharap agar dipilih menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) seterusnya diberi peluang menjadi pemain perseorangan wanita yang akan membawa cabaran negara di peringkat antarabangsa

."Sudah pasti setiap pemain meletakkan harapan untuk mewakili negara di pentas antarabangsa dan jika BAM menawarkan peluang, saya akan menyertai mereka.

"Selepas itu akan cuba melakukan terbaik untuk berada dalam kelompok 10 pemain terbaik Malaysia. Apapun, buat masa ini saya perlu berehat seketika untuk melihat keadaan kaki saya.

"Selepas pulih saya akan berusaha sehabis baik yang boleh. Saya tidak akan berhenti berusaha sehingga saya tak mampu," katanya kepada media, semalam.

Semalam, atlet berusia 22 tahun itu mengesahkan kejuaraannya dalam temasya SUKIPT edisi ke-5 ini selepas menundukkan lawan dari Universiti Malaya (UM), Erica Hoh Ji Ling, 21-9, 23-25, 21-14.

Perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu menyaksikan Jing Ning beraksi dalam kecederaan hamstring dialaminya sewaktu membantu Malaysia menjuarai acara berpasukan Sukan Universiti Asean (AUG) di Thailand baru-baru ini.

Disiarkan pada: Ogos 17, 2022 @ 4:04pm

- Sumber daripada hmetro.com.my

 

 

  • Created on .
  • Hits: 270

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024