USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: FAIZ, JING NING RAIH EMAS BADMINTON

https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2022/08/872188/faiz-jing-ning-raih-emas-badminton

Affan Rostam
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
FAIZ tewaskan pemain MMU pada final.FAIZ tewaskan pemain MMU pada final.

Tanjung Malim: Atlet badminton Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Faiz Rozain muncul juara acara perseorangan lelaki dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022, sebentar tadi.

Kemenangan itu diraih selepas dia menewaskan pemain dari Multimedia University (MMU), Tai Chuan Zhe dalam pentas final dengan mata 21-18, 19-21, 21-9.

Perlawanan yang berlangsung di Gimnasium, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu menyaksikan Faiz dipaksa bermain sehingga ke set penentuan sebelum berjaya mengesahkan kejuaraannya.

Pemain berusia 24 tahun itu mengakui kecederaan dialami lawan sedikit sebanyak memberi kelebihan untuk dia memastikan kemenangan berpihak kepadanya.

"Perlawanan tadi agak sengit, cuma set ketiga tu dia penat jadi saya ambil kesempatan waktu itu. Hari ini dia bermain agak bagus dan ini kali kedua saya bertemu dengan dia. Saya tahu bola dia dan dia tahu bola saya," katanya kepada media sejurus selepas perlawanan.

JING Ning atasi cabaran pemain UM.
JING Ning atasi cabaran pemain UM.

Bagaimanapun, dia berasakan corak permainan dipersembahkan dalam aksi final hari ini bukanlah prestasi terbaiknya.

"Boleh dikatakan hari ini permainan tidaklah baik sangat. Tapi saya tetap cuba pamer aksi terbaik dalam perlawanan akhir tadi," katanya.

Sementara itu, pemain badminton perseorangan wanita dari Universiti Sains Malaysia (USM), Lim Jing Ning mengesahkan kejuaraannya selepas menundukkan lawan dari Universiti Malaya (UM), Erica Hoh Ji Ling, 21-9, 23-25, 21-14.

Lim yang terpaksa bergelut dengan kecederaan dilihat mampu untuk terus mempamerkan aksi cemerlang dan memberi saingan hebat kepada lawan sebelum meraih kemenangan.

"Saya tak sangka boleh menang sebab bermain dalam kecederaan. Tapi, saya tak cepat putus asa, saya akan bermain sampai saya tak boleh. Ini adalah semangat kesukanan saya, jadi saya perlu cuba sampai betul-betul tak boleh baru saya akan berhenti," katanya.

Disiarkan pada: Ogos 16, 2022 @ 4:17pm

- Sumber daripada hmetro.com.my

 

  • Created on .
  • Hits: 246

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024