USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: KEMERDEKAAN BERMAKSUD KEBEBASAN

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/kemerdekaan-bermaksud-kebebasan/

Mengibarkan Jalur Gemilang boleh dianggap mempunyai semangat patriotik yang kental sekali gus menunJukkan rasa cinta kepada negara-GAMBAR HIASAN
 
Oleh MARLLISA ANTTONY
16 Ogos 2022, 4:03 pm

PETALING JAYA: Kemerdekaan membawa maksud bebas daripada sifat negatif, pilih kasih, rasuah dan pengaruh asing dalam kalangan komuniti, masyarakat dan negara.

Profesor Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Dr Md. Salleh Yaaparberkata, pemimpin mahupun rakyat harus bebas daripada unsur-unsur negatif terutamanya dengki dan khianat yang mampu membawa bencana kepada negara.

“Lebih-lebih lagi, pemimpin negara harus bebas daripada isu-isu tersebut baru negara kita adalah dikira bebas dan kemerdekaan akan mempunyai ertinya.

“Baru-baru ini negara bergelut dengan banyak isu seperti kehilangan integriti bersama rasuah yang menjadi-jadi dalam kalangan pelbagai pihak, penghinaan agama Islam dan inflasi yang sukar ditangani.

Kerajaaan mengumumkan bahawa sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini adalah bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dipilih Teguh Bersama kerana selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia.

Mengulas semula, Salleh berkata tanpa sifat patriotik yang mendalam terhadap negara sehingga tiada cara yang mampu membiarkan negara terbelenggu baru menunjukkan kita bebas.

“Penggondolan bukit dan gunung tanpa mengambil kira peraturan yang ditetapkan sehingga kita terpaksa mengharungi banjir besar di Baling baru-baru ini, tidak menunjukkan kebebasan,” katanya semasa dihubungi Utusan Malaysia.

“Pada masa yang sama, jangan lupakan kepentingan agama rasmi negara iaitu agama Islam, tahun ini sangat parah kerana isu agama Islam dimainkan dan dihina secara terbuka

“Oleh itu, pegangan agama dengan lambang bulan sabit yang sepatutnya ditonjolkan dalam logo sambutan tahun ini,” katanya.

“Logo sambutan tahun ini yang berbentuk WIFI menunjukkan Revolusi Industri 4.0 iaitu cyber physical systems yang melibatkan Kecerdasan Buatan (AI) dan robotik.

“Banyak lagi isu penting yang sepatutnya boleh ditonjolkan dalam logo tersebut dan bukan komunikasi biasa sahaja, kita tidak memberi perhatian kepada perkara yang lebih penting.

Disebabkan itu negara kita mempunyai Rukun Negara sebagai panduan untuk dipegang teguh oleh setiap individu yang mengaku dirinya rakyat Malaysia,” katanya. 

- Sumber daripada utusan.com.my

 

  • Created on .
  • Hits: 244

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024