USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: TUNGGU KABINET PUTUSKAN KADAR ELAUN PELAJAR MARA DI LUAR NEGARA

https://origin.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/987592/tunggu-kabinet-putuskan-kadar-elaun-pelajar-mara-di-luar-negara

Latifah Arifin
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Pengerusi MARA, Datuk Seri Azizah Mohd Dun ( kiri) hadir menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian MARA antara Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf (dua dari kiri) dengan kerjasama USM, Naib Censelor USM, Prof Datuk Dr Faizal Rafiq Mhamd Adikan pada majlis MoU MARA dengan USM. - Foto NSTP/Rohanis Shukri Pengerusi MARA, Datuk Seri Azizah Mohd Dun ( kiri) hadir menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian MARA antara Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf (dua dari kiri) dengan kerjasama USM, Naib Censelor USM, Prof Datuk Dr Faizal Rafiq Mhamd Adikan pada majlis MoU MARA dengan USM. - Foto NSTP/Rohanis Shukri
 
KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyerahkan sepenuhnya kepada Kabinet berhubung kadar elaun sara hidup pelajar luar negara tajaan agensi itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azhar Abdul Manaf, berkata ia adalah tindakan terakhir yang akan menentukan sama ada terdapat kenaikan bagi kadar elaun pelajar tajaan mereka.

"Jawapan masih sama... Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid sudah bercakap mengenainya. Jadi tak perlu untuk kita komen, tunggu sahaja keputusan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Antara MARA Dengan USM dan Klynveld Peat Marwick Geordeler Limited (KPMG) Malaysia di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi MARA, Datuk Azizah Mohd Dun, Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Dr Awang Adek Hussin; Naib Canselor USM, Prof Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan dan Rakan Kongsi Urusan KPMG, Datuk Johan Idris.

Minggu lalu, Mahdzir berkata, kertas kerja mengenai kajian kadar elaun sara hidup pelajar tajaan MARA akan dibentangkan kepada Kabinet hujung bulan ini.

Beliau berkata, kajian berkenaan bukan sahaja membabitkan kadar elaun sara hidup pelajar di luar negara, bahkan turut membabitkan pelajar dalam negara.

Azhar berkata, setakat ini, kerajaan masih meneruskan penghantaran pelajar tajaan MARA ke luar negara walaupun berdepan cabaran ekonomi global.

"Kita masih menghantar pelajar bukan setakat Eropah, antaranya Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, China dan Korea. Jadi (jika ada yang mengatakan) hantar ke Eropah sahaja, itu tak betul, kita hantar pelajar ke seluruh dunia," katanya.

Ditanya kemungkinan MARA bakal memberi tumpuan kepada lokasi di luar Eropah pada masa akan datang bagi mengatasi isu sara hidup yang semakin meruncing, jelasnya, perkara itu tidak dibincangkan.

"Perkara itu kita tidak tahu lagi (bagaimana), saya tidak boleh komen. Tunggu keputusan Kabinet," katanya.

Badan Perhubungan Negara United Kingdom (UK) & Eire (BPN UKE) sebelum ini menggesa penstrukturan semula elaun sara hidup pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta MARA dilaksanakan segera, berikutan kenaikan kos sara hidup di UK dan Ireland sehingga membebankan pelajar tajaan agensi terbabit.

- Sumber daripada origin.bharian.com.my

  • Created on .
  • Hits: 272

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024