USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERGELAP LIMA MINIT DALAM DEWAN BUDAYA USM

Bergelap lima minit dalam Dewan Budaya USM [METROTV]

Zuhainy Zulkiffli
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Georgetown: Majlis Graduasi Akademi Baitul Hikmah Universiti Sains Malaysia (USM) yang berlangsung di Dewan Budaya USM di sini tergendala lima minit disebabkan gangguan elektrik dialami negara hari ini.

Penolong Pengarah Kanan Pusat Islam USM, Nukman Ahmad Zakir yang juga wakil penganjur berkata, gangguan dialami kira-kira 12.45 tengah hari ketika majlis menghampiri penghujungnya.

"Kira-kira lima minit kemudian lampu dewan terpadam dan kami diberitahu mengenai gangguan bekalan elektrik.

"Syukur kejadian itu berlaku sejurus selesai majlis (pemberian sijil dan anugerah) dan bekalan kembali pulih tidak lama kemudian," katanya ketika ditemui.

Penganjur Majlis Graduasi Akademi Baitul Hikmah Universiti Sains Malaysia (USM) di Dewan Budaya universiti, di sini, mengemas barangan sejurus berlaku gangguan bekalan elektrik. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI
Penganjur Majlis Graduasi Akademi Baitul Hikmah Universiti Sains Malaysia (USM) di Dewan Budaya universiti, di sini, mengemas barangan sejurus berlaku gangguan bekalan elektrik. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI

Nukman berkata, majlis berkenaan dihadiri 300 peserta berusia 18 tahun ke atas yang menerima sijil pelbagai anugerah dan pengiktirafan.

Sementara itu, pensyarah yang enggan dikenali berkata, terdapat sekumpulan penuntut terjejas disebabkan gangguan elektrik itu.

"Mereka sedang menjawab ujian menerusi dalam talian sebelum bekalan elektrik terputus," katanya.

Terdahulu, TNB menerusi kenyataannya berkata, beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sedang mengalami gangguan elektrik sejak jam 12:39 tengah hari tadi antaranya, di Lembah Klang iaitu Petaling Jaya, Cheras, Bangi; Pulau Pinang di Bayan Lepas dan Seberang Jaya, Panchor di Johor dan Bandar Indera Mahkota, Pahang.

Disiarkan pada: Julai 27, 2022 @ 3:25pm

  • Created on .
  • Hits: 296

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024