TAK ADA KEPERLUAN BUAT UJIAN PENGESANAN COVID-19 HARIAN, KATA MMA
FMT Reporters 4 days ago
PETALING JAYA: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa masyarakat melakukan ujian pengesanan kendiri Covid-19, sekiranya perlu.
Presiden MMA Dr Koh Kar Chai, berkata kekurangan ujian kendiri RTK-Antigen (RTK-Ag) hanya akan berlaku jika tercetusnya pembelian panik.
“Bekalan ujian pengesanan kendiri mencukupi di pasaran. Masyarakat awam dinasihatkan tidak membeli secara banyak untuk simpanan dan hanya membeli dalam jumlah mencukupi sekiranya perlu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, tiada sebab bagi rakyat untuk melakukan ujian pengesanan setiap hari, melainkan ada keadaan yang memerlukannya.
“Malah, petugas kesihatan profesional pun tidak melakukan ujian pengesanan setiap hari, sebalinya akan melakukan tindakan itu sekiranya keadaan memerlukan dalam situasi berisiko tinggi,” kata Koh.
“Keadaan memerlukan ujian pengesanan kendiri diperlukan sekiranya menghadiri majlis membabitkan ramai orang, berkunjung orang tua atau individu yang mempunyai masalah kelemahan imun, selepas menjadi kontak rapat dengan individu dijangkiti atau menunjukkan simptom, sebagai contoh.”
Koh juga berkata, jumlah kes positif akan semakin tinggi mengambil kira kadar penularan tinggi membabitkan varian Omicron.
“Adalah lebih berhemah mengekalkan pematuhan SOP seperti digariskan setiap masa demi memastikan kita tidak tergolong dalam jumlah dijangkiti,” katanya.
Mengulas berhubung dakwaan ujian pengesanan kendiri tidak menunjukkan keputusan tepat, Koh berkata, ujian berkenaan berguna dalam mengesan kes bergejala.
“Walaupun ketepatan ujian pengesanan kendiri tidak setanding (disebabkan kaedah pensampelan digunakan) yang dijalankan ujian profesional menggunakan RTK-Ag, termasuk piawaian emas, ujian RT-PCR, ia masih berguna dalam mengesan kes bergejala, terutama membabitkan jumlah kes baharu yang ketika ini sedang memuncak,” katanya.
Dalam Parlimen, pada Khamis, Ahli Parlimen Tumpat Che Abdullah Mat Nawi, berkata kerajaan sepatutnya menasihatkan orang awam menggunakan ujian pengesanan kendiri Covid-19 susulan mendakwa keputusannya yang selalunya tidak tepat.
“Saya alaminya sendiri. Tiga hari saya alami simptom, pagi petang saya buat ujian keputusan negatif akhirnya bila ujian RT-PCR, keluar positif.
“Ini sangat merugikan pengguna dari segi kesan dan kos perbelanjaan,” katanya.
Semalam, sebagai maklum balas terhadap ulasan Ahli Parlimen PAS berkenaan, pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia Amir Yunus, berkata ada ketikanya pelbagai faktor menjurus kepada ketidaktepatan keputusan ujian pengesanan Covid-19.
“Walaupun pengeluar kit pengesanan mempunyai variasi berhubung tahap sensitiviti produk masing-masing, orang awam perlu jelas bahawa ketepatan ujian pengesanan juga bergantung kepada seberapa baik pengguna mengumpul sampel mereka sendiri,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, kit ujian pengesanan Covid-19 turut menyediakan pilihan lebih mampu milik kepada orang awam.
Amir menggesa mereka yang mengalami gejala berterusan menggunakan ujian pengesanan kendiri Covid-19, tanpa mengambil kira apa jua keputusannya demi kepentingan kesihatan awam.
-Sumber daripada MSN News Online
- Created on .
- Hits: 475