USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BUKA SEMULA SEMPADAN: LAKSANA DENGAN PENUH WASPADA, KATA PAKAR

https://www.msn.com/en-my/news/berita/buka-semula-sempadan-laksana-dengan-penuh-waspada-kata-pakar/ar-AAUMXqB?ocid=bahasahub

Predeep Nambiar 8/3/2022

Pihak berkuasa juga perlu mempertimbangkan mengenakan sekatan ketat terhadap individu dari negara tertentu sebagai langkah pencegahan, kata Kumitaa Theva Das. (Gambar Bernama)
© Provided by Free Malaysia Today Pihak berkuasa juga perlu mempertimbangkan mengenakan sekatan ketat terhadap individu dari negara tertentu sebagai langkah pencegahan, kata Kumitaa Theva Das. (Gambar Bernama)
 
GEORGE TOWN: Membenarkan pengembara antarabangsa memasuki negara tanpa perlu menjalani kuarantin disambut baik, namun ia perlu dilaksanakan secara berwaspada terutama membabitkan negara berisiko tinggi, kata pakar virologi, hari ini.

Kumitaa Theva Das dari Universiti Sains Malaysia (USM), memberi amaran pengembara dari negara berisiko tinggi dengan kadar vaksinasi rendah mampu mencetuskan varian Covid-19 baharu yang ganas secara tempatan.

“Penularan varian lebih cepat berjangkit dan boleh menyebabkan lebih ramai pesakit ditempatkan di hospital termasuk kematian berlaku. Jadi, kita perlu berwaspada dalam penjujukan genom untuk mengetahui varian yang ada di sekeliling kita,” katanya kepada FMT.

Kumitaa juga menggesa pihak berkuasa mempertimbangkan kedatangan pelancong berdasarkan kes demi kes, dengan sekatan ketat dikenakan terhadap individu dari negara tertentu.

Kumitaa Theva Das.
© Provided by Free Malaysia Today Kumitaa Theva Das.

Beliau berkata, pihak berkuasa perlu menjadikan Hong Kong sebagai contoh.

“Walaupun kebanyakan rakyat di Hong Kong sudah lengkap divaksin, jumlah mereka yang mendapatkan suntikan penggalak adalah rendah,” katanya sambil menyatakan berlakunya ledakan penularan jangkitan di sana.

“Pelan kontigensi bagi wabak perlu siap siaga bagi berdepan jangkaan jangkitan tercetus daripada pengembara. Kita perlu meneruskannya dengan langkah berhati-hati.”

Mengulas berhubung pengumuman kerajaan bahawa negara ke ‘fasa peralihan ke endemik’ bulan depan, Kumitaa menjelaskan Covid-19 tidak boleh “diisytiharkan” endemik, sehinggalah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan demikian.

“Peralihan ke fasa endemik tidak bermaksud Covid-19 sudah endemik. Masyarakat umum perlu faham bahawa peralihan ini hanyalah untuk ke fasa endemik.

“Jadi, kita belum lagi boleh mengambil enteng,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Jemilah Mahmood, berkata penularan Covid-19 berlaku dalam komuniti dan bukannya daripada pengembara.

Jemilah Mahmood taking a selfie: Dr Jemilah Mahmood.
© Provided by Free Malaysia Today Dr Jemilah Mahmood.

Sebagai mengalu-alukan pembukaan semula sempadan, beliau berkata, memastikan rakyat tempatan divaksin dan menerima dos penggalak, terutama membabitkan kanak-kanak, kekal kritikal.

“Kita mesti memastikan rakyat kita dan masyarakat global sedar sikap individu penting,” kata bekas penasihat kepada perdana menteri berhubung kesihatan awam, kepada FMT.

Ketua Pegawai Eksekutif Dasar Sosial dan Kesihatan Pusat Galen Azrul Mohd Khalib, berkata pembukaan semula sempadan tidak dapat dielakkan, selain memaparkan keyakinan negara dalam liputan vaksinasinya.

“Pembukaan penuh sempadan Malaysia lambat laun akan dilaksanakan juga,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan sempadan negara akan dibuka semula, pada 1 April, dan pengembara lengkap divaksin tidak lagi perlu menjalani kuarantin.

Mana-mana individu yang ingin memasuki negara perlu menjalani ujian PCR dua hari sebelum pelepasan dan ujian RTK-Ag dalam tempoh 24 jam sejurus ketibaan.

MyTravelPass juga akan dimansuhkan, namun pengembara masih perlu memuatnaik aplikasi MySejahtera dan menggunakannya mengisi perincian pra-pelepasan sebelum ketibaan.

-Sumber Daripada MSN News Online


  • Created on .
  • Hits: 392

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024