USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

VAKSINASI KAEDAH TERBAIK ELAK KANAK-KANAK DIJANGKITI COVID-19 - DR INTAN JULIANA

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/vaksinasi-kaedah-terbaik-elak-kanakkanak-dijangkiti-covid19-dr-intan-juliana-345003

Astro Awani
Februari 3, 2022 22:49 MYT
 
Vaksinasi kaedah terbaik elak kanak-kanak dijangkiti COVID-19 - Dr Intan Juliana
Dr Intan Juliana menjelaskan data dari kajian dari dalam dan luar negara yang dikumpulkan membuktikan bahawa kanak-kanak mempunyai risiko untuk mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat COVID-19. - Gambar Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Program vaksinasi merupakan kaedah yang terbaik bagi mengelak kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun dijangkiti COVID-19 secara semula jadi.

Pakar Pediatrik Imunologi & Alergi, AMDI, USM, Dr. Intan Juliana Abd Hamid menjelaskan, golongan kanak-kanak berisiko untuk mendapat jangkitan COVID-19 yang agak teruk.

Tambah beliau, data dari kajian dari dalam dan luar negara yang dikumpulkan membuktikan bahawa kanak-kanak mempunyai risiko untuk mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat COVID-19.

"Perkara ini yang boleh dielakkan, yang kita tidak mahu ialah anak-anak kita menghadapi benda ini (dijangkiti COVID-19).

"Sebab itu kita cadangkan vaksinasi bagi mengelak anak-anak dijangkiti COVID-19 secara semula jadi.

"Vaksinasi yang kita buat merupakan satu cara untuk kita latih badan kita untuk hasilkan sistem ketahanan badan kepada virus COVID-19," katanya.

Beliau menjelaskan keraguan ibu bapa terhadap vaksin adalah lebih kepada data keselamatan vaksin yang digunakan untuk kanak-kanak.

"Kebanyakan keraguan ibu bapa ini melibatkan data keselamatan vaksin itu sendiri iaitu mRNA vaksin kerana ia adalah jenis vaksin yang baharu, teknologi baharu.

"Tetapi buat masa ini kita perlu timbang antara risiko dan kesan baik daripada vaksin itu iaitu melindungi kanak-kanak dari COVID-19," katanya lagi.

Dr. Intan Juliana menjelaskan sekiranya kanak-kanak dijangkiti COVID-19 secara semula jadi, mereka berisiko untuk mendapat kesan yang teruk sehingga perlu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan hingga ke peringkat menemui ajal.

Beliau juga menjelaskan jika kanak-kanak dijangkiti COVID-19 secara semula jadi dan mendapat kesan sampingan, ia akan menjejaskan kualiti hidup secara jangka panjang.

Dr Intan Juliana berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru yang disiarkan di saluran 501 dan astroawani.com pada Khamis.

-Sumber daripada Astro Awani Online

  • Created on .
  • Hits: 429

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024