USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

TAWARAN LANJUT PENGAJIAN KEPADA PEGAWAI TETAP, KONTRAK BUKTI KERAJAAN PRIHATIN

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2044755

19/01/2022 07:42 PM

KOTA BHARU, 19 Jan -- Tawaran kepada pegawai lantikan tetap serta kontrak di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana, area of special interest (AOSI), Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan bidang kepakaran menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap nasib doktor perubatan di negara ini.

Presiden Persatuan Alumni Doktor Universiti Sains Malaysia (USM) (PADU) Prof Datuk Jafri Malin Abdullah berkata langkah ini merupakan inisiatif dan kesungguhan kerajaan bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan serta persediaan pengajian kepakaran.

"PADU menyambut baik keputusan kerajaan dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam dalam usaha menambah baik sistem kesihatan di negara ini.

Kami meletakkan harapan tinggi kepada pihak kerajaan agar benar-benar serius dalam merangka hala tuju jangka panjang bagi perkhidmatan perubatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Jafri berkata PADU akan terus memperjuangkan kebajikan serta sentiasa bersedia mengadakan perbincangan dengan badan lain seperti Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan alumni perubatan lain dalam memastikan sistem penjagaan kesihatan di negara ini berada dalam keadaan baik.

Ketua Setiausaha KKM Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah pada 15 Jan lepas dalam kenyataannya memaklumkan kementerian akan membuka tawaran kepada pegawai lantikan tetap serta kontrak kementerian itu untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana, area of special interest (AOSI), Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan bidang kepakaran.

Menterinya Khairy Jamaluddin sebelum ini memberi jaminan akan mengusahakan penyelesaian terbaik berhubung isu doktor kontrak dalam tempoh 100 hari di bawah pentadbirannya. - BERNAMA

-Sumber daripada Bernama Online

  • Created on .
  • Hits: 410

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024