USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

CENSOF WUJUDKAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BERSAMA USM DALAM BIDANG BERKAITAN PERAKAUNAN, TEKNOLOGI MAKLUMAT

https://dagangnews.com/censof-wujudkan-program-latihan-industri-bersama-usm-dalam-bidang-berkaitan-perakaunan-teknologi

Terkini – 13 Jan 2022 02:38PM
DagangNews.com
 
 
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
KUALA LUMPUR 13 Jan - Syarikat pengkhususan dalam perisian penyelesaian pengurusan kewangan, Censof Holdings Berhad menjalinkan kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam usaha mempromosi, membangunkan serta mewujudkan program latihan industri berkaitan bidang perakaunan serta teknologi maklumat.

Objektif program itu adalah bagi mewujudkan kerjasama antara universiti serta industri dan kedua-dua pihak akan menilai perkaitan akademik dan kerjasama yang boleh dibangunkan bersama.

Menerusi kerjasama itu juga, Century Software (Malaysia) Sdn. Bhd. (CSM) yang merupakan syariat induk kepada Censof akan menyediakan sistem penyelesaian pengurusan kewangan kepada USM termasuk penyelesaian Perancangan Sumber Kerajaan dan ia akan memudahkan urusan perakaunan di universiti itu.

Pengarah CSM, Ameer Shaik Mydin berkata, pihaknya berbesar hati untuk membantu USM menyiapkan graduan mereka untuk menjadi sebahagian daripada tenaga kerja dalam dunia digital menerusi program latihan industri yang akan disediakan.

"Sebagai tambahan untuk program pembangunan latihan industri di lapangan, penyelesaian pengurusan kewangan juga akan ditawarkan kepada USM dalam memastikan urusan perakaunan di situ berjalan dengan lancar.

"Century Software sentiasa berusaha untuk mengembangkan tawaran perniagaan dan membangunkan teknologi baharu dalam menyediakan penyelesaian terbaik untuk menyokong perubahan dalam dunia ekonomi digital.

"Inisiatif antara universiti dan pihak industri akan membantu negara menjadi peneraju dalam dunia ekonomi digital selain memainkan peranan dalam pembangunan modal insan dengan menyediakan tenaga kerja yang kompeten dari segi pengetahuan digital," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

CSM merupakan syarikat yang menawarkan oengurusan kewangan dan penyelesaian perniagaan kepada kerajaan selain sektor komesial di rantau Asia Pasifik selain menyediakan penyelesaian dalam bidang pendidikan, analisis perusahaan, pembangunan aplikasi dan penyelesaian latihan.

Sementara itu Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dr. Faisal Rafiq Mahamad Adikan menzahirkan penghargaan terhadap jalinan kerjasama yang dilaksanakan CSM dalam menyediakan kemudahan penyelesaian pengurusan kewangan yang akan memberikan kelebihan dari segi keperluan teknologi.

"Dari segi indeks kebolehpasaran global, USM berada di tangga teratas di Malaysia, selain melahirkan pemimpin kami sering memberikan tumpuan kepada pembangunan pelajar dari segi pengetahuan digital dan kemahiran istimewa," katanya. - DagangNews.com

-Sumber daripada DagangNews Online

 

  • Created on .
  • Hits: 471

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024