USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

“TAK PERNAH MINTA BAYARAN – USM KONGSI KISAH ZAMAN UNI FEDTRI YAHYA, BANGGA KEJAYAAN ALUMNI

https://lobakmerah.com/tak-pernah-minta-bayaran-usm-kongsi-kisah-zaman-uni-fedtri-yahya-bangga-kejayaan-alumni/

by Syaida Ismail, 2 days ago

Fedtri Yahya Alumni Usm 2003

Jikalau dapat diputarkan masa, kehidupan di zaman kampus adalah antara yang paling dirindui kebanyakan daripada kita.

Di menara gadinglah kita mempelajari ilmu serta menghadapi jatuh bangun kehidupan sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah.

Baru-baru ini, pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya telah berkongsi satu gambarnya di Facebook ketika masih menuntut di Universiti Sains Malaysia sekitar tahun 2000.

USM imbau zaman universiti Fedtri Yahya

Gambar tersebut kemudian mendapat perhatian Facebook Universiti Sains Malaysia yang kemudian memuat naik gambar yang sama dengan kapsyen yang sangat menyentuh hati.

Menerusi posting tersebut, USM mengakui sangat berbangga mempunyai alumni seperti Fedtri yang dianggap sebagai seorang yang tidak pernah katakan tidak kepada sebarang peluang yang datang kepadanya.

Percaya dengan ketentuan masa dalam hidup. Ahmad Fedtri (Komunikasi 2003) merupakan seorang anak muda yang tidak pernah katakan tidak kepada sebarang peluang yang ada di kampus sejak dia bermula sebagai pelajar.

“Dia tidak pernah meminta sebarang bayaran. Katanya – saya sedang melatih diri saya – berulang kali dulu,” tulis posting tersebut.

Menurut posting itu juga, pihak universiti sangat berbangga dengan kejayaan yang dicapai Fedtri termasuklah telah mencipta ratusan lagu dan mengacara serta menjadi moderator kepada ratusan program semenjak penglibatannya sebagai anak seni.

Malah baru-baru ini juga Fedtri telah dianugerahkan sebagai ‘Tokoh Maal Hijrah Pendakwah Kreatif’ atas penglibatannya dalam menghasilkan program seperti Jejak Rasul dan terlibat dalam aktiviti kemanusiaan.

Kini Fedtri bertugas sebagai penyampai Buletin FM dalam slot ‘Ilham Sanubari’ yang mana bicaranya telah memberi inspirasi kepada ramai orang.

“Tahniah Fedtri Yahya, anda hebat dan terbaik”

Posting tersebut mendapat pujian dan ucapan tahniah dari rata-rata alumni USM yang berbangga dengan kejayaan personaliti TV ini.

Komen Fedtri Yahya

Semoga saudara Fedtri Yahya terus sukses dalam apa jua perkara yang dilakukannya.

-Sumber daripada lobakmerah.com

  • Created on .
  • Hits: 504

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024