USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

UNIVERSITI TEMPATAN PUSAT PENGAJIAN BERTARAF DUNIA

https://www.msn.com/en-my/news/berita/universiti-tempatan-pusat-pengajian-bertaraf-dunia/ar-AAL0kJ1?ocid=bahasahub

a group of people wearing costumes: SEBANYAK 22 universiti tempatan tersenarai dalam penarafan QS World University Rankings 2022 membuktikan kualiti pendidikan tinggi negara bertaraf dunia.

© Provided by Harian Metro SEBANYAK 22 universiti tempatan tersenarai dalam penarafan QS World University Rankings 2022 membuktikan kualiti pendidikan tinggi negara bertaraf dunia.

PENCAPAIAN 22 universiti tempatan yang memasuki senarai penarafan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2022 membuktikan kualiti pendidikan tinggi negara bertaraf dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, pencapaian membanggakan itu memperlihatkan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan kini berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan universiti antarabangsa.

Beliau berkata, dengan penarafan QS ini diharap masyarakat Malaysia terus yakin dengan IPT tempatan sama ada awam atau swasta kerana dalam konteks kualiti, pihaknya akan sentiasa memantau dan mengawal selia.

Katanya, persepsi universiti luar negara lebih berkualiti daripada tempatan sudah tidak relevan kerana penarafan yang dikeluarkan QS menyaksikan IPT kita setara dengan penyedia pendidikan tinggi global.

"Dulu mungkin kita masih ketinggalan kerana jumlah universiti tempatan masih sedikit dan kualitinya belum seperti sekarang membuatkan masyarakat berlumba-lumba untuk menghantar anak ke luar negara.

"Bagaimanapun, dalam konteks kualiti, kini kita sudah setaraf dengan IPT antarabangsa, malah ada beberapa universiti kita lebih baik daripada IPT luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pencapaian IPT tempatan dalam senarai penarafan QS World University Rankings 2022 yang diumumkan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Dr Mohammad Shatar berkata, lebih membanggakan apabila universiti tertua negara, Universiti Malaya (UM) terus berada dalam kelompok 100 universiti terbaik dunia.

Menurutnya, bukan mudah untuk terus kekal di kelompok terbaik, namun UM sudah membuktikannya sejak empat tahun berturut-turut dan berada pada kedudukan lebih baik berbanding kebanyakan IPT luar negara.

"Tahniah diucapkan kepada lima universiti penyelidikan negara iaitu UM, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana kekal di kelompok 200 terbaik dunia.

"Selain lima universiti penyelidikan yang sudah memperoleh status swaakreditasi, IPT lain dengan status sama turut membanggakan kerana tersenarai dalam penarafan kali ini iaitu Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Universiti Multimedia (MMU).

"MQA akan memastikan kualiti pendidikan tinggi di IPT tempatan sentiasa berada pada tahap terbaik," katanya.

- Sumber dari MSN News

© New Straits Times Press (M) Bhd

  • Created on .
  • Hits: 393

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024