USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

HASIL PROGRAM FAST-TRACK

(Sinar Harian, 22 November 2017, Ms 3, Ruangan Kampus)

Tatkala rakan seusia biasanya baru selesai mahupun sedang dalam pengajian ijazah sarjana muda, skrip kecemerlangan Dr Naja Nadiera Omar pula berbeza, apabila berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada usia 23 tahun. Beliau juga pemegang PhD termuda sempena majlis Konvokesyen ke-55 Universiti Sains Malaysia (USM), baru-baru ini. Minat mendalam membuat kajian, mendorong Naja menyambung pengajian hingga ke peringkat PhD dalam bidang pengkhususan Biofizik. Saya tak ambil sarjana. USM ada program fast-track di mana mahasiswa dapat keputusan kelas pertama boleh terus sambung PhD. Semasa di semester akhir ijazah, pihak Rancangan Fizik Perubatan USM ada panggil saya menerangkan mengenai program ini dan beri sokongan untuk saya mengikutinya.Masa tu juga saya diberitahu dicalonkan penuntut terbaik Fizik Perubatan bagi mendapat Gold Medal Award USM. Dari situ, rasa semangat ambil peluang ini,"terangnya.

22 November 2017 Hasil program fast track S.Harian

  • Created on .
  • Hits: 1387

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024