KESIHATAN MENTAL PERLU PERHATIAN SERIUS
(Utusan, 22 November 2017, Ms 26, Ruangan Utara)
Pulau Pinang 21 Nov. - Satu kempen kesedaran kesihatan mental yang menfokuskan golongan belia, It's In Us, dianjurkan pelajar tahun akhir jurusan Komunikasi Pemujukan dari Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia baru-baru ini. Kempen itu yang dijalankan di sekitar Pulau Pinang bermula September hingga November ini menyasarkan tiga objektif utama iaitu untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berkaitan penyakit mental, mengurangkan stigma sosial berkaitan dengan masalah kesihatan mental dan mendidik belia mengenai cara memberi sokongan kepada orang yang mempunyai masalah itu.
- Created on .
- Hits: 3652