8 UNIVERSITI SANGAT CEMERLANG
(Kosmo, 17 November 2017, Ms 26, Ruangan Negara)
Kuala Lumpur - Lapan universiti tempatan dianugerahkan penarafan enam bintang (sangat cemerlang) iaitu pengiktirafan tertinggi Sistem Penafaran Institusi Pendidikan Tinggi (Setara) 2017. Lapan universiti berkenaan ialah Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, International Medical University Malaysia, Monash University Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sebanyak 58 daripada 71 universiti dan kolej universiti yang layak dinilai Setara 2017 berjaya mencapai penarafan empat bintang ke atas.
- Created on .
- Hits: 1311