USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

8 UNIVERSITI TEMPATAN BERTARAF 6 BINTANG

(Utusan, 17 November 2017, Ms 5, Ruangan Dalam Negeri)

Kuala Lumpur 16 Nov - Lapan universiti tempatan di anugerahkan penarafan enam bintang (sangat cemerlang), iaitu pengiktirafan tertinggi Sistem Penarafan Institusi Pendidikan Tinggi (Setara) 2017. Lapan universiti berkenaan ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), International Medical University Malaysia (IMU), Monash University Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sebanyak 58 daripada 71 universiti dan kolej universiti yang layak dinilai Setara 2017 berjaya mencapai penarafan empat bintang ke atas.

Katanya, daripada 58 institusi, lapan universiti mencapai enam bintang (sangat cemerlang), 21 universiti mendapat lima bintang (cemerlang) manakala 29 universiti lagi menerima empat bintang (sangat baik).

17 November 2017 8 universiti tempatan bertaraf 6 bintang utusan

  • Created on .
  • Hits: 1393

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024