USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

USM KONGSI POTENSI MADU KELULUT JANA PENDAPATAN LESTARI PENGUSAHA

(Utusan, 15 November 2017, Ms 26, Ruangan Utara)

Pulau Pinang 14 Nov. -  Pengusaha madu kelulut mempunyai prospek cerah khususnya jika komited mengusahakan penternakan kelulut secara komersial dan berupaya mengeluarkan kualiti madu bertaraf premium. Perkara itu dibuktikan pengusaha madu kelulut dari Kok Lanas, Kelantan Rosman Mamat, 42, yang mula hanya mengusahakan madu kelulut secara kecil-kecilan, kini sudah berupaya mengeluarkan antara 70 hingga 100 kilogram setiap bulan. 

Rosman berkata, harga pasaran madu kelulut pada ketika ini adalah RM180 per kilogram dan permintaan terhadap madu kelulut bertaraf premium adalah tinggi kerana mempunyai pelbagai keistimewaan dan khasiat kepada kesihatan manusia. Saya mula mengusahakan kelulut secara suka-suka untuk dimakan seisi keluarga dan sama sekali tidak menyangka ia mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan berupaya menjamin pendapatan lumayan setiap bulan," kata pesara tentera itu yang kini menjalankan perusahaan kelulut secara sepenuh masa.

15 November 2017 USm kongsi potensi madu kelulut jana pendapatan lestari pengusaha Utusan

  • Created on .
  • Hits: 1241

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024