USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BHEPA JULUNG KALI ANJUR PROGRAM KEPIMPINAN HIMPUN 120 YDP PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PELAJAR USM

420644992 865916891999606 8866932184168018561 n

LANGKAWI, 19 Januari 2024 – Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Universiti Sains Malaysia (USM) buat julung kalinya mengadakan Bengkel Kepimpinan dan Kerja Berpasukan Pertubuhan Pelajar kampus-kampus utama USM.

Bengkel tersebut menghimpunkan 120 Yang Dipertua Pertubuhan-pertubuhan Pelajar bersama Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selama 3 hari 2 malam di Kem Wawasan Negara Langkawi.

Program berkenaan dipenuhi dengan aktiviti memupuk ilmu pengurusan berpersatuan dan mengasah bakat kepimpinan selaras dengan citarasa melahirkan pemimpin 'otak dan watak' yang cemerlang. Pemimpin pelajar juga didedahkan dengan aktiviti riadah dan keindahan alam bersama jurulatih kem.

421037121 865916858666276 1305539321361124406 n

Antara pengisian penting bengkel adalah Sesi TownHall Pertubuhan Pelajar bersama warga BHEPA, slot literasi kewangan, slot keusahawanan digital, sesi pengurusan kesihatan pelajar, sesi bersama Pusat Sukan dan Rekreasi serta slot pembentangan khas blueprint MPP USM kepada pertubuhan pelajar.

Turut memantapkan bengkel tersebut ialah sesi khas bersama Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, Hirman Awang dengan tajuk Pemerkasaan Mahasiswa dalam Persatuan.

Hadir bersama ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM, Muhammad Nazmi Hakimi Mohd Eirman; serta barisan pegawai utama BHEPA.

421048774 865916748666287 1049302169966209848 n   420728942 865916831999612 6197103058095161899 n
     
420654109 865918318666130 3500060836593991710 n   420637445 865918305332798 3723812395343747239 n

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah, Pusat Pembangunan Bakat (TDC) BHEPA/Foto: NirMaryadi Rashid, Unit Media dan Dokumentasi BHEPA

  • Created on .
  • Hits: 184

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024