USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM AMBIL BAHAGIAN DI SIMPOSIUM TATAKELOLA BAIK NASIONAL 2024, PERKENALKAN PROGRAM CPIaM

USM PULAU PINANG, 14 Januari 2024 – Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini mengambil bahagian di dalam membantu negara dari segi pengenalan program Certified Professional in Integrity Assurance and Management (CPIaM), di majlis Peluncuran Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2023 oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena dengan Simposium Tatakelola Baik Nasional 2024 yang berlangsung pada 8 Januari 2024 di Sepang, Selangor.

Simposium Tatakelola Pic one

Program CPIaM ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia hasil kolaborasi di antara Pusat Pengajian Pengurusan, USM dan Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah (ACeIO).  

Program yang telahpun berjalan sebanyak dua (2) kohort ini telah diperkenalkan kepada Perdana Menteri sewaktu Peluncuran Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2023 sebagai satu proses untuk melahirkan ramai individu yang boleh melaksanakan tatakelola yang lebih komprehensif dalam pentadbiran kerajaan bagi memastikan reformasi institusi, dasar dan undang-undang, sistem dan proses kerja, pemantauan dan penilaian serta pembudayaan nilai dan tatakelola baik dapat dilahirkan melalui program CPIaM ini.   

WhatsApp Image 2024 01 15 at 13.34.42

YAB Perdana Menteri tertarik dengan program berkenaan dan bertanyakan berkenaan kandungan program serta memberikan ucapan tahniah di atas usaha USM di dalam melahirkan warga yang boleh melaksanakan amalan integriti dan tatakelola bagi membantu Unit Integriti dalam sesebuah organisasi kerajaan dan juga swasta. 

WhatsApp Image 2024 01 15 at 13.34.43

Program CPIaM ini akan berlangsung sebanyak dua (2) kali lagi pada tahun 2024 iaitu dijadualkan pada tarikh Mei dan Oktober 2024. 

Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2023: Gerakan Pemantapan Tata Kelola Nasional yang diluncurkan YAB Perdana Menteri itu bertujuan untuk memastikan kementerian, jabatan dan agensi termasuk badan berkanun mengambil tindakan berkesan dalam menangani kelemahan tatakelola, rasuah dan integriti.

Teks & Foto: Dr. Khairul Anuar Che Azmi, Penasihat Undang-undang USM

  • Created on .
  • Hits: 518

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024