MPP USM SA 2023/2024 BERTEMU, LANTIK EMPAT JAWATAN TERTINGGI KABINET MPP
USM PULAU PINANG, 15 Disember 2023 – Malam tadi berlangsungnya pertemuan kesemua Ahli-Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) untuk ketiga-tiga kampus (termasuk kampus pesisir USM-KLE) yang baharu diberi mandat melalui Piliharaya Kampus minggu lepas.
Seramai 44 wakil pelajar telah dipilih dari pelbagai konstitusi (Umum dan Pusat Pengajian).
Hasil dari mesyuarat secara bersemuka dan dalam talian yang diuruskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Perwakilan Pelajar (JKPPP), empat (4) Jawatan Utama/Tertinggi Kabinet MPP telah dilantik.
Berikut adalah senarai empat Jawatan Tertinggi MPP USM bagi Sidang Akademik 2023/2024 yang disepakati dalam perjumpaan tersebut:-
- Yang Dipertua (YDP): Muhammad Nazmi Hakimi Mohd Eirman (Tahun 3, Pusat Pengajian Komunikasi)
- Naib Yang Dipertua (NYDP): Cheong Guo Bin (Tahun 3, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan)
- Setiausaha Agung: Nuraini Jalaluddin (Tahun 4, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan)
- Bendahari Kehormat: Aleisya Adleena Nasir Khan (Tahun 3, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan)
Senarai penuh portfolio keseluruhan MPP USM akan diumumkan dalam masa terdekat.
Semoga calon-calon yang telah dipilih ini diharapkan dapat memberikan komitmen yang penuh dalam memperjuangkan kebajikan pelajar dan menggalas amanah ini dengan baik serta program dan agenda yang akan dibawa MPP ini bersifat lebih berimpak tinggi untuk kecemerlangan universiti.
Hadir sama ke majlis berkenaan ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin serta pegawai-pegawai kanan BHEPA USM.
Teks, Infografik & Foto: Unit Media dan Dokumentasi BHEPA
- Created on .
- Hits: 1204