USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DRONECUBATOR@USM PERKENAL PELAJAR ZON UTARA KEPADA TEKNOLOGI DRON BERLANDASKAN STEM DAN TVET

WhatsApp Image 2023 12 20 at 11.12.27

NIBONG TEBAL, 19 Disember 2023 – Dronecubator@USM yang dilancarkan di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) pada 13 Disember 2023 yang lalu akan menjadi satu medium untuk memperkenalkan pelajar kepada teknologi berlandaskan program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Profesor Datin Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin dalam ucapan perasmiannya berkata, Dronecubator@USM adalah pusat pembangunan dan latihan sukan dron untuk pelajar sekolah, pelajar universiti dan belia di zon utara.

WhatsApp Image 2023 12 20 at 11.13.13

Menurut beliau, program ini ditaja sepenuhnya oleh Futurise melalui kolaborasi dengan rakan teknikal Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF) dan rakan strategik CREST dan Malaysian Technical Doctorate Association (MTDA).

“Seramai 30 pelajar USM telah diberi latihan intensif pemasangan dan penerbangan dron manakala 20 pelajar lagi telah menjalani latihan selama sehari yang mana mereka ini kelak akan menjadi tenaga pengajar bagi sekolah-sekolah dan belia di zon utara,” kata Azlina.

“Selain daripada itu, USM juga sangat menyokong program yang memberi penekanan dalam bidang STEM dan TVET.

“Ianya penting bagi melahirkan pelajar yang lebih inovatif, sekali gus memberi keupayaan untuk mereka mencipta lebih banyak produk alternatif berasaskan penggunaan dron di masa akan datang,” tambah beliau.

WhatsApp Image 2023 12 20 at 11.13.29   WhatsApp Image 2023 12 20 at 11.13.43

Dalam pada itu, Pengurus Projek Akademi Kecemerlangan Sukan Dron Negara Futurise Sdn. Bhd., Mohd Fauzi Mohd Ariff ketika ditemubual berkata, selain daripada memperkenalkan STEM dan TVET kepada pelajar, pihaknya turut bercadang untuk memperluaskan ekosistem dron kepada umum dan bukan terhad kepada pihak-pihak tertentu sahaja.

“Pada tahun hadapan, kita juga akan mula membuka peluang tajaan kepada syarikat-syarikat serta para pemain industri yang berminat untuk sama-sama terlibat dalam program ini.

WhatsApp Image 2023 12 20 at 11.13.59   WhatsApp Image 2023 12 20 at 11.14.10
     
WhatsApp Image 2023 12 20 at 11.14.24   WhatsApp Image 2023 12 20 at 11.14.35

“Tajaan yang diterima ini akan membolehkan lebih banyak pelaksanaan program-program berkaitan terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah,” kata beliau.

“Atas permintaan yang tinggi, kelak, kami turut bercadang untuk melancarkan Dronecubator ini ke institusi-institusi pengajian tinggi yang lain di Selatan dan Timur Malaysia,” tambah Fauzi.

Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut adalah Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Profesor Ir. Ts. Dr. Shahrel Azmin Bin Sundi @ Suandi.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 249

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024