USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM SUMBANG LEBIH RM100,000; INISIATIF RINGANKAN BEBAN 53 PELAJAR PALESTIN DI USM

USM PENANG, 18 Disember 2023 - Sebagai respon terhadap krisis di Palestin yang semakin meruncing sehingga menyebabkan kematian, kemusnahan harta benda dan juga kecederaan kepada rakyat di negara itu, Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menzahirkan keprihatinan terhadap kesengsaraan rakyat Palestin atas peperangan yang sedang berlaku di tanahair mereka.

WhatsApp Image 2023 12 19 at 00.48.35

Atas tanda keprihatinan kepada pelajar-pelajar Palestin USM, sejumlah RM250,000.00 yang telah disalurkan oleh pihak Universiti kepada Tabung Kecemasan Misi Kemanusiaan Rakyat Palestin, yang dilancarkan oleh pihak KPT, telah disumbangkan kepada para pelajar Palestin di USM.

Inisiatif ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menyokong sebarang bentuk usaha solidariti kepada pelajar Palestin di negara ini, yang mana sumbangan ini bertujuan membantu mengurangkan beban pelajar-pelajar Palestin USM yang sememangnya terkesan ekoran pergolakan di Gaza.

Hadir bagi menyerahkan ‘mock-cheque’ kepada para pelajar adalah Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin.

Agenda ini adalah di bawah naungan Jawatankuasa Tabung Kemanusiaan USM yang dipengerusikan oleh Profesor Dr. Md. Roslan Hashim, yang telah memperakukan sumbangan sebanyak RM2,000.00 setiap seorang kepada 53 orang orang pelajar warganegara Palestin yang sedang melanjutkan pengajian mereka di USM.

Cadangan ini telah mendapat sokongan dan kelulusan daripada Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

Pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pusat Pengajian Komunikasi USM, Majed F.S Habib, 44, berkata dia amat berterima kasih kepada pihak USM atas pemberian ini, yang mana inisiatif ini dapat membantu mereka yang terkesan di Palestin untuk menyalur wang kepada mereka.

Pihak Universiti berharap agar sumbangan ini dapat meringankan beban pelajar yang terkesan dari segi emosi dan kewangan dalam tempoh mereka menjalani pengajian di USM.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 284

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024