USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

WARISAN SENI DIGITAL: PENERIMAAN SUMBANGAN KARYA DAN KOMPUTER ALLAHYARHAM ISMAIL ZAIN DI MGTF USM

WhatsApp Image 2023 12 15 at 13.55.50

USM PULAU PINANG, 15 Disember 2023 – Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah mengadakan Majlis Penerimaan Sumbangan Karya Kolaj Digital dan Perkakasan serta Perisian Komputer Apple Macintosh SE, milik Allahyarham Haji Ismail Zain, seorang seniman dan pemikir budaya yang penting di Malaysia.

Berlangsung di Ruang Lobi MGTF USM, hadir bagi menyempurnakan majlis penyerahan adalah Wairah Marzuki, mantan Ketua Pengarah Balai Seni Lukis Negara  yang juga merupakan isteri kepada Allahyarham.

WhatsApp Image 2023 12 15 at 13.55.51

Wairah merakamkan penghargaannya kepada MGTF USM atas usaha mereka membuat rujukan dan pendokumentasian karya-karya digital komputer Allahyarham secara berterusan.

Beliau juga mengambil kesempatan tersebut dengan menghadiahkan satu lagi karya digital kolaj Allahyarham untuk himpunan koleksi MGTF yang berjudul ‘Phantom’.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak MGTF USM atas penerimaan karya dan komputer Macintosh Allahyarham, yang mana saya berharap dan berdoa agar jiwa halusnya terus bersinar dan mekar buat selama-lamanya,” katanya.

WhatsApp Image 2023 12 15 at 13.55.51 1

Karyawan Jemputan, yang juga merupakan anak didik Allahyarham Ismail Zain, Profesor Madya Hasnul Jamal Saidon memberikan kuliah bertajuk ‘Mengadap Guru’ yang membicarakan tentang naratif dan biodata Allahyarham Ismail Zain.

Model komputer peribadi milik Allahyarham tersebut dikeluarkan oleh syarikat Apple antara tahun 1987 hingga 1990.

WhatsApp Image 2023 12 15 at 13.55.07

Komputer tersebut digunakan oleh Allahyarham untuk menghasilkan karya-karya seni yang disebutnya sebagai Kolaj Digital, yang mana hasil karya-karya seni tersebut telah dipamerkan dalam sebuah pameran seni yang bertajuk Digital Collage.

Pameran itu yang mengetengahkan 45 karya Kolaj Digital telah diadakan di Galeri Citra, Hotel Shangrila Kuala Lumpur dari 14 sehingga 27 Mac 1988.

Sebahagian dari hasil karya Kolaj Digital oleh Ismail Zain dari komputer tersebut dipamerkan di sekitar ruang pameran itu.

Hadir sama pada majlis adalah Pemangku Pengarah MGTF USM, Afzanizam Mohd Ali.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohd Fairus Md Isa  

  • Created on .
  • Hits: 345

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024