USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SUAMI ISTERI GENGGAM PHD BERSAMA

USM PULAU PINANG, 22 November 2023 - Sepasang suami isteri yang berasal dari Aceh Indonesia, Tata Alfatah, 40 dan Eka Marya Mistar, 40 hari ini bergelar siswazah Doktor Falsafah pada Sidang Kedua Upacara Konvokesyen ke-61 Universiti Sains Malaysia (USM) apabila bergraduasi dalam sidang dan bidang yang sama.

Keduanya memulakan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) pada September 2019 mengikuti jurusan Teknologi Biosumber yang menumpukan kepada bidang penyelidikan Green Materials di Pusat Pengajian Teknologi Industri (PPTI). Kedua-dua mereka berada di bawah pengawasan penyelidikan Dekan PPTI, Profesor Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil H.P. Shawkataly.

WhatsApp Image 2023 11 22 at 18.31.40

Tata, yang merupakan seorang Pegawai Kerajaan di Pejabat Alam Sekitar dan Kehutanan Aceh berkata, fokus penyelidikannya dapat diterapkan secara langsung di tempat kerjanya setelah selesai pengajian.

Beliau yang peka terhadap kelestarian alam sekitar dan memilih untuk belajar di USM untuk mendalami aspek-aspek kelestarian tersebut dengan tujuan mengurangkan pencemaran alam sekitar melalui valuable breakthrough, khususnya dalam mengurangkan penggunaan beg plastik tidak boleh dibiodegrasi.

“Saya berharap melalui penyelidikan saya dengan producing biodegradable plastic, ilmu dan kemahiran yang telah diperoleh dapat diaplikasikan secara praktikal di tempat kerja saya di Aceh untuk meningkatkan kelestarian alam sekitar di Aceh,” kata Tata.

Menurut Eka, rancangannya untuk belajar dalam bidang pengajian tersebut adalah kerana beliau juga merupakan seorang pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universitas Serambi Mekkah, Aceh yang mana setelah tamat pengajian Doktor Falsafah, beliau dilantik sebagai Dekan di Fakulti Kejuruteraan, Universitas Serambi Mekkah.

“Dengan kejayaan yang telah saya peroleh, saya ingin melanjutkan penyelidikkan saya dalam bidang green materials yang berfokuskan kepada biocomposite,” katanya

Suami isteri ini berpendapat bahawa menariknya belajar di USM, mereka dapat mengenali masyarakat sekeliling yang ramah dan mesra yang secara tidak langsung memudahkan proses perjalanan pengajian mereka di sini.

WhatsApp Image 2023 11 22 at 18.31.40 1

Kedua-dua mereka dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan yang berusia 10 dan 7 tahun.

Prestasi mereka di dunia akademik telah diiktiraf dengan kemenangan Anugerah Majlis Sanggar Sanjung 2021 dalam kategori Penerbitan Jurnal yang mana Tata telah mendapat empat anugerah penghargaan sementara isterinya mendapat tiga anugerah penghargaan.

Seramai 678 graduan menerima ijazah sarjana tinggi masing-masing pada Sidang Kedua yang dipengerusikan oleh Pro-Canselor USM, Tan Sri Dato’ Dr. M. Jegathesan.

Pada konvokesyen kali ini, Seramai 8,166 graduan menerima ijazah dalam bidang masing-masing bermula dari Sidang Pertama hingga Ketiga belas yang berlangsung dari 21 hingga 27 November 2023 di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), USM.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Faizal Ashraf Ali

  • Created on .
  • Hits: 1106

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024