USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SURAU MESRA KOMUNITI CANSELORI II DINAIK TARAF UNTUK KESELESAAN SOLAT DAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI

USM PULAU PINANG, 7 November 2023 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed hari ini telah merasmikan Surau Mesra Komuniti di Bangunan Canselori II, USM.

WhatsApp Image 2023 11 07 at 15.12.27 2

Surau Komuniti ini telah dinaik taraf dari segi fasilitinya, yang mana projek ini telah digerakkan oleh Pusat Islam USM dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Biokimia Analisis (ABrC) yang membantu dari segi dana dan idea melalui kutipan serta dana dari tabung Masjid Al-Malik Khalid, USM.

Selain itu, Surau Komuniti ini juga adalah contoh kejayaan kedua kerana sebelum ini jawatankuasa telah berjaya membina surau dari asalnya hanya ruang stor di bawah tangga, kini telah berjaya dinaik taraf ke ruang solat yang lebih selesa di Surau Mesra Komuniti di Komplek Sukan Azman Hashim pada tahun 2019.

WhatsApp Image 2023 11 07 at 15.12.25

Dalam ucapan perasmiannya Abdul Rahman berkata, untuk merealisasikan impian dari segi kesungguhan niat dan juga wang ringgit menaik taraf surau ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana ini adalah contoh amal soleh dan pahala ini akan berterusan selagi orang menggunakannya.

“Dengan usahasama dan semangat berpasukan, saya yakin nikmat dan kepuasan membina kebaikan mengalirkan manfaat buat warga USM lebih diutamakan apatah lagi dapat menyediakan ruang solat yang mesra jemaah, mesra komuniti untuk keselesaan mendirikan solat,” katanya.

Tambah Abdul Rahman, dengan menaik taraf Surau Komuniti ini merupakan contoh kebanggaan USM dengan Agenda APEX iaitu bersatu padu membina, menyelidik dan memberi manfaat kepada warga komuniti dengan hasil idea dan usaha bagi merealisasikan agenda APEX dan juga agenda kelestarian SDG.

WhatsApp Image 2023 11 07 at 15.12.27 1

Bersempena dengan majlis perasmian tersebut, turut diselitkan dalam majlis adalah bacaan Yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Mohammad Shukri Osman.

WhatsApp Image 2023 11 07 at 15.12.27

Hadir sama adalah Pengarah ABrC USM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Projek Naik Taraf Surau-Surau USM, Profesor Dr. Zafarina Zainuddin.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/ Foto: Mohammad Nazer Abdul Hadi

  • Created on .
  • Hits: 295

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024