USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SHERP FOKUS AGENDA PPPM PT

 DSC7457

PULAU PINANG, 20 Mei 2015 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) telah menganjurkan satu Seminar on Higher Education Research Policy atau SHERP 2015 dengan tema Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 – 2025 [PPPM (PT)] : Implikasi dan Langkah ke Hadapan. 

SHERP adalah acara tahunan bagi membincangkan isu-isu terkini pengajian tinggi dan pada tahun ini, SHERP membincangkan mengenai PPPM (PT) 2015-2025 yang telah dilancarkan pada April 2015 yang lalu oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

 DSC7467

Menurut perunding PPPM (PT), Profesor Dato’ Ir. Dr Mohd Saleh Jaafar, 10 lonjakan yang dibentangkan adalah antara misi dan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pembangunan Pengajian Tinggi terutama dalam pembangunan bidang penyelidikan dan juga Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET).

“Selepas pelancarannya, pihak KPM menerima pelbagai reaksi daripada pelbagai lapisan masyarakat dan diharap semua pihak dapat memberikan maklumbalas kepada pihak kementerian,” ujar Mohd Saleh.   

“Melalui PPPM (PT), adalah diharapkan para graduan atau generasi muda bukan sahaja menjadi pencari kerja malah mencipta peluang-peluang pekerjaan untuk masyarakat lain dengan pemikiran kritis, keusahawanan dan kreatif,” tambah Mohd Saleh.

 DSC7477

“Hasil daripada perbicangan dua hala sebegini banyak idea dapat diketengahkan dan itulah sebenarnya tujuan SHERP ini diadakan di samping untuk melihat perancangan masa depan dalam bidang Pengajian Tinggi,” ujar Pengarah IPPTN, Profesor Dr. Ahmad Nurulazam Md Zain dalam ucapan aluannya.

Sesi kedua SHERP mengenengahkan dua orang yang banyak pengalaman dalam bidang pengajian tinggi samada di KPM atau di institusi pengajian tinggi (IPT) bagi membentangkan respon atau maklum balas yang diterima hasil pelancaran PPPM (PT) iaitu Profesor Dr Harshita Aini Haroon dari Pertubuhan Pembangunan Penyelidikan dan Dasar Pendidikan Tinggi Malaysia (PenDaPaT) dan juga felo IPPTN, Profesor Madya Dr Abdul Razak Ahmad.

Menurut Abdul Razak antara 10 lonjakan PPPM (PT), Transformasi Penyampaian  Pendidikan Tinggi atau Transformed Higher Education Delivery perlu dijadikan lonjakan pertama berbanding yang lain.

 DSC7480

SHERP kali ini menghimpunkan lebih 80 orang peserta dari dalam USM dan juga dari agensi luar termasuk IPT awam dan swasta. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Zamani Abdul Rahim 

  • Created on .
  • Hits: 1005

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024