USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

UKKP USM ANJUR OSH FUN RUN 2023 GALAK GAYA HIDUP SIHAT

PHOTO 2023 10 22 13 25 15 3

USM PULAU PINANG, 29 Oktober 2023 – Baru-baru ini, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan satu program larian "OSH FUN RUN 2023" sempena Kempen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat USM, Profesor Dr. Azlan Amran telah merasmikan program “OSH Fun Run 2023” dan melepaskan larian bagi peserta di Padang Kawad USM.

Malah beliau juga turut serta dalam larian sejauh 5 km sehingga ke garisan penamat bersama-sama Ketua Unit UKKP, Hafizul Mohd Arop.

PHOTO 2023 10 22 13 25 15 2

Program yang berlangsung pada 22 Oktober lalu itu bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dan cergas, sekaligus mempromosikan budaya kerja yang selamat dan sihat.

Selain itu, antara acara yang turut dipertandingkan ialah "Share Your Moment During OSH FUN RUN" yang menawarkan hadiah lumayan buat peserta bertuah yang berjaya membuat hantaran foto terbaik sepanjang program berlangsung.

PHOTO 2023 10 22 13 25 18

Program dan aktiviti seterusnya akan diikuti dengan Pertandingan Mewarna bagi Sek. Men, Sek. Ren. dan warga USM, Pertandingan “OSH Corner” di PTJ USM, Pertandingan “Tik-Tok”, Kempen Derma Darah, Seminar KKP dan Ceramah KKP sehingga ke Majlis Penutup “USM OSH Day 2023” pada 26 Okt 2023 nanti.

Teks: Ahmad Khairurrijal Osman (UKKP)/Foto: Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 385

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024