USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM NAIB JOHAN PERTANDINGAN DEBAT KOPERASI 2023 PERINGKAT IPT PIALA MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI (KUSKOP)

debat koperasi

PETALING JAYA, 30 Oktober 2023 – Pasukan Debat Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi telah mengharumkan nama universiti apabila berjaya merangkul tempat Naib Johan tewas tipis di tangan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam Pertandingan Akhir Debat Koperasi 2023 Peringkat IPT Piala Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang berlangsung semalam.

Pasukan USM berjaya membawa pulang RM5,000 beserta piala iringan dan sijil penyertaan.

Pertandingan Debat yang buat julung kalinya dianjurkan oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dengan kerjasama Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) telah diadakan di Auditorium Dato’ Abdul Majid, Institut Koperasi Malaysia.

Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Datuk Haji Zamri bin Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan dan Keusahawanan, mewakili YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Pasukan USM diwakili oleh Siti Nur Salsabiela Binti Ahmad Shukri, pelajar Tahun 3 Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan; Muhammad Amirul Hakim Bin Ahmad Roziman, Tahun 3, Pusat Pengajian Sains Kimia; Muhammad Nuraiman Bin Mohd Yusrino, Tahun 2, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam; dan Muhamad Hafizi Bin Mohd Hanafi, pelajar Tahun 4 dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan.

Muhamad Hafizi juga muncul sebagai Pendebat Terbaik dalam Pertandingan Akhir dan berjaya meraih RM1,500.

Seramai 64 orang pendebat mewakili 16 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) beraksi di pertandingan tersebut.

Pertandingan itu memberikan ruang dan peluang kepada golongan belia IPT untuk menonjolkan diri dan melontarkan idea-idea baru secara berdebat untuk gerakan koperasi di Malaysia dengan bertemakan “Belia Madani Tonggak Pembangunan Gerakan Koperasi”.

Inisiatif penganjuran pertandingan debat koperasi tersebut bukan sahaja manifestasi komitmen kerajaan untuk mempromosi koperasi semata-mata malah juga untuk memartabatkan bahasa Melayu di persada dunia.

Setinggi-tinggi Tahniah Pasukan Debat USM!

Teks: Nor Aza Abd Aziz, Sektor Kebudayaan dan Kesukarelawanan, Pusat Pembangunan Bakat (TDC) BHEPA USM/ Disediakan oleh: Unit Media dan Dokumentasi, BHEPA USM

  • Created on .
  • Hits: 298

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024