USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PWUSM-KBS ANJUR PROGRAM TINGKATKAN KESEDARAN GAYA HIDUP SIHAT

IMG 7114

USM PULAU PINANG, 21 Oktober 2023 - Sukan merupakan aktiviti fizikal yang melibatkan pertandingan antara individu atau pasukan, boleh untuk rekreasi atau pertandingan kompetitif. Ia membentuk nilai-nilai seperti kerjasama, disiplin, dan kecergasan fizikal, serta memainkan peranan penting dalam budaya dan masyarakat.

Buat julung kalinya, Persatuan Wanita Universiti Sains Malaysia (PWUSM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang hari ini telah mengadakan program Kejohanan Sukan Wanita USM 2023 untuk meningkatkan kesedaran tentang gaya hidup sihat dalam kalangan wanita.

Berlangsung di Padang USM, hadir bagi merasmikan program adalah Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

Menurut Abdul Rahman, beliau berasa bangga terhadap inisiatif ini dan mengalu-alukan sebarang aktiviti dalaman atau luaran terutamanya yang melibatkan komuniti dan kerjasama dengan agensi luar bagi memberikan nilai tambah kepada USM sebagai universiti APEX.

IMG 7115

“Saya berharap program ini dapat diteruskan pada masa hadapan antara PWUSM dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pulau Pinang,” katanya.

Tambah Abdul Rahman, program ini juga menyeru masyarakat agar dapat terus bersemangat untuk bersukan demi membina masyarakat MADANI yang sihat dan bersatu padu.

Sementara itu, Presiden PWUSM, Profesor Sr. Dr. Mastura Jaafar berkata, program ini adalah untuk menjadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai rutin harian bagi meningkatkan tahap kesihatan dalam setiap lapisan masyarakat.

IMG 7112

“Penganjuran sukan ini telah memperkukuhkan kerjasama antara PWUSM dan JBS, dan saya beharap agar usahasama ini akan berlanjutan, yang mana kita akan cuba manfaatkan kerjasama ini melalui aktiviti sukan wanita secara tahunan,” kata Mastura.

Antara acara yang berlangsung adalah seperti Fun Walk, Senamrobik, CrossFit B, Bola Jaring dan Netball Shooting Challenge untuk disertai oleh komuniti wanita dari pelbagai peringkat umur.

Hadir sama pada majlis perasmian adalah Penaung PWUSM, Datin Seri Roslina Ahmad Mohamed; Pegawai Belia dan Sukan Daerah Timur Laut, JBS, Ebeneezer Victor Nimbalker dan ahli-ahli PWUSM.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 611

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024