USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM UTAMAKAN KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN PELAJAR, UJAR NAIB CANSELOR

WhatsApp Image 2023 10 18 at 4.58.04 PM

USM PULAU PINANG, 18 Oktober 2023 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) hari ini telah menganjurkan Majlis Amanat Program Siswa SULUNG USM.

Hadir untuk menyampaikan amanat tersebut adalah Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

WhatsApp Image 2023 10 18 at 4.58.09 PM

Dalam ucapan beliau, Abdul Rahman menyatakan bahawa USM sentiasa berusaha untuk memastikan kelestarian pendidikan dan sentiasa mempertimbangkan perkara terbaik dalam memastikan semua pelajar menerima kualiti pengajaran terbaik dari USM.

Beliau juga menegaskan bahawa keselamatan dan kebajikan pelajar adalah keutamaan universiti.

“Fokus utama BHEPA adalah memberikan perkhidmatan kebajikan yang mesra pelajar, dengan penekanan khas kepada pelajar dari kategori B40 dan kelainan upaya (OKU).

“USM akan terus berusaha untuk menyediakan prasarana yang kondusif untuk memastikan pelajar dapat menjalani kehidupan kampus dengan sejahtera.

“Selain itu, USM juga bermatlamat untuk melahirkan graduan yang bersahsiah murni, berpersonaliti unggul, dan mempunyai daya juang tinggi melalui proses pembangunan insan berkualiti,” katanya.

WhatsApp Image 2023 10 18 at 4.58.08 PM

Abdul Rahman menekankan bahawa USM mengalu-alukan bantuan kepada mereka yang memerlukan, dan turut memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 1 dan 2 iaitu Tiada Kemiskinan dan Kelaparan Sifar.

Sementara itu, Yang Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Azlan Amran memberi pesanan kepada semua pelajar agar belajar dengan tekun dengan harapan untuk membanggakan kedua-dua ibu bapa.

Seramai 561 pelajar yang layak untuk Program Siswa SULUNG USM bagi sidang akademik 2023/2024.

Turut diselitkan dalam majlis adalah penyerahan tawaran Siswa SULUNG kepada para pelajar dan penyerahan mock cheque sebanyak RM24,000 untuk kit keperluan pelajar baharu oleh Pusat Islam USM.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 287

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024