USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MyRA 2022: USM TERIMA MAKLUM BALAS POSITIF

WhatsApp Image 2023 10 17 at 7.00.40 PM

USM PULAU PINANG, 17 Oktober 2023 – Universiti Sains Malaysia (USM) komited untuk memastikan hasil penyelidikan yang dihasilkan akan dapat diterjemahkan ke dalam bentuk yang benar-benar dapat dirasai oleh masyarakat dan negara.

Lanjutan kepada Penilaian Audit Tapak Bagi Pencapaian Malaysia Research Assessment (MyRA) tahun 2022 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 22 hingga 23 Ogos 2023 yang lalu, Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC) USM dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan dan Inovasi USM hari ini telah menganjurkan sesi post-mortem dan majlis penghargaan kepada semua yang terlibat dalam penilaian tersebut.

Berlangsung di Eastin Hotel Pulau Pinang, sesi post-mortem tersebut mendapat maklum balas yang positif daripada keseluruhan panel penilai.

WhatsApp Image 2023 10 17 at 7.00.47 PM1

Ketua Penyelaras Data merangkap Pengarah IPSC USM, Profesor Dr. Asrul Akmal Shafie merumuskan pada sesi tersebut, secara keseluruhannya prestasi USM berada pada tahap yang baik namun masih ada ruang untuk penambahbaikan. 

Sesi post-mortem ini merupakan eksesais untuk melihat pencapaian MyRA tahun 2022.

WhatsApp Image 2023 10 17 at 7.00.44 PM

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed dalam ucapan penutupnya berkata, di USM, kita berusaha untuk mendidik para pensyarah di institusi kita untuk berjaya dan kita perlu mengkaji semula melalui pengesahan jawatan serta sumbangan mereka.

“We need to be ahead of time walaupun USM berada di kedudukan yang lebih baik dari sebelum ini dalam pencapaian MyRA akan tetapi saya bangga kita masih hebat and we are now beyond MyRA,” katanya.

WhatsApp Image 2023 10 17 at 7.00.45 PM   WhatsApp Image 2023 10 17 at 7.00.46 PM1

Tambah Abdul Rahman, beliau percaya USM boleh kehadapan and do not go for numbers instead go for excellence.

Abdul Rahman turut berkongsi bahawa USM telah dikenal pasti oleh pihak KPT dalam empat bidang iaitu bidang teknologi satelit; Matlamat Pembangunan Mampan (SDG); bidang semikonduktor dan bidang brakiterapi.

Sesi tersebut juga meraikan Abdul Rahman yang hari ini dianugerahkan dengan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Dato’ Seri, bersempena sambutan ulang tahun ke-74 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

WhatsApp Image 2023 10 17 at 7.00.46 PM   WhatsApp Image 2023 10 17 at 7.00.47 PM

Turut diraikan adalah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Dr. Habibah Abdul Wahab yang telah menerima Darjah Johan Negeri (DJN) juga daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 457

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024