USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BHEPA-PUSAT SUKAN USM BERSAMA RAI PELAJAR KEMASUKAN 2023/2024; JALANKAN PROGRAM USM FIT - SISWA SEJAHTERA MADANI

fef6e0f9 0279 4a2a b89f 9f14cdffe137

USM PULAU PINANG, 12 Oktober 2023 - Bersempena dengan sambutan Minggu Siswa Lestari Universiti Sains Malaysia (USM) bagi Sidang Akademik 2023/2024, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), dengan kerjasama Pusat Sukan dan Rekreasi USM, hari ini telah menganjurkan Program USM FIT-Siswa Sejahtera Madani yang disertai kira-kira 3,000 orang pelajar baharu USM Kampus Induk.

Program yang diadakan itu adalah untuk meraikan pelajar baharu dan untuk memperkenalkan pusat sukan serta kemudahan yang terdapat dan disediakan khas untuk para pelajar USM.

6f2ffb72 e254 4caf 8eb5 87dc95f12c23

Berlangsung di Stadium Olahraga USM, hadir bagi merasmikan program adalah Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

Abdul Rahman dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran para pelajar USM yang baharu yang telah memilih USM sebagai Menara Ilmu dalam usaha mencapai cita-cita mereka.

“Anda seharusnya berbangga kerana telah berjaya menyertai keluarga besar USM dan berpeluang mengembangkan potensi diri sebagai pelajar di Menara Ilmu ini.

5c071789 41be 48b5 b2fe 6c076fe6ed59

“Saya berharap agar anda semua dapat meneroka dan menimba peluang serta pengalaman sebagai pelajar USM yang mempunyai nilai atribut HEBAT yang akan dibentuk melalui penyertaan dalam persatuan, aktiviti kebudayaan, kesukarelawanan, keusahawanan, kelestarian, sukan dan pelbagai lagi,” kata Abdul Rahman.

Program seterusnya dimeriahkan dengan acara senam seni, iaitu gabungan seni tarian tradisional yang diketuai oleh artis Dewan Budaya USM, Nor Azizah Rosli dan persembahan tarian flash mob daripada kumpulan ConvEx dan 3KPP serta acara cabutan bertuah.

Turut diselitkan dalam program adalah sesi penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang Sorakan Kontinjen Desasiswa daripada Desasiswa Aman Damai, Tekun, Indah Kembara, Cahaya Gemilang, Saujana, Harapan dan Restu, yang mana sorakan terbaik pada tahun ini dimenangi oleh Desasiswa Tekun.

Hadir sama adalah wakil Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Jelfariny Jehlani; Pemangku Pengarah, Pusat Sukan dan Rekreasi USM, Nasrullah Mohamed Farouk; ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai utama universiti.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 395

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024