USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BERI PENDEDAHAN AWAL KEPADA MAHASISWA/I DALAM MEMACU KECEMERLANGAN

USM PULAU PINANG, 9 Oktober 2023 - Seramai 4,696 pelajar baharu telah mendaftarkan diri secara fizikal di Universiti Sains Malaysia (USM) bagi Sidang Akademik 2023/2024.

WhatsApp Image 2023 10 09 at 17.34.43

Berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), USM, para pelajar telah melalui sesi orientasi yang juga dikenali sebagai program Minggu Siswa Lestari, yang diwujudkan bagi memberi pendedahan awal kepada mahasiswa/i baharu berkenaan suasana dunia universiti di USM.

Antara program yang diselitkan dalam Program Siswa Lestari adalah pengenalan kepada sesi Agenda HEBAT; sesi penyampaian Tonggak Malaysia Madani; sesi pendedahan bersama industri oleh Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) USM; sesi perkongsian kaunselor: Kesihatan Mental; ‘Campus Tour’ dan sebagainya, yang bermula dari 9 Oktober hingga 14 Oktober 2023.

Sesi pendaftaran pelajar baharu USM telah bermula pada 6 Oktober sehingga 8 Oktober 2023 lalu, yang dikendalikan oleh Pembantu Pelajar Siswa Lestari (PPSL) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) USM.

Pihak USM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya kepada para pelajar baharu yang telah berjaya melangkah ke Menara Ilmu. Semoga ini menjadi titik permulaan yang gemilang ke arah memacu kecemerlangan.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/ Foto: Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 328

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024