USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

LAWATAN “INBOUND” PENSYARAH DAN PELAJAR UNIVERSITAS NEGERI MEDAN, INDONESIA KE USM

WhatsApp Image 2023 10 06 at 2.41.43 PM

USM PULAU PINANG, 4 Oktober 2023 – Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM), USM dan Universitas Negeri Medan (UNIMED), Indonesia telah memulakan kerjasama strategik MoU dengan aktiviti Program Mobiliti “Inbound” ke PTPM, USM Pulau Pinang dari 17 September 2023 sehingga 23 September 2023 yang lalu.

Delegasi UNIMED yang diketuai oleh Dr. Rachmat Mulyana berkesempatan untuk mengadakan kunjungan hormat bertemu Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa USM, Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat semasa lawatan ke USM.

WhatsApp Image 2023 10 06 at 2.42.16 PM   WhatsApp Image 2023 10 06 at 2.42.28 PM

Sepanjang lawatan tersebut, delegasi UNIMED telah diperkenalkan kepada kemudahan, perkhidmatan serta intipati dan budaya kerja di PTPM.

Di samping itu, mereka juga didedahkan kepada elemen teknologi instruksi melalui beberapa siri bengkel teknologi yang telah dikelolakan oleh pensyarah dan pelajar pascasiswazah di PTPM. Ini termasuk aktiviti praktikal dalam AR/VR, gamifikasi, teori pembelajaran (learning theories) dan lain-lain.

WhatsApp Image 2023 10 06 at 2.42.01 PM

Diharapkan lawatan tersebut dapat membuka ruang kepada pensyarah di kedua-dua institusi untuk berganding bahu dalam melaksanakan aktiviti/program berunsurkan akademik atau penyelidikan pada masa hadapan.

Turut hadir ialah Pengarah PTPM, Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya.

Teks: Siti Fatimah Abu Mansor

  • Created on .
  • Hits: 240

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024