USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MEMPERKASA PEMIMPIN: MELANGKAH KEJAYAAN DALAM LANDSKAP STRATEGIK

BERTAM, PULAU PINANG, 15 September 2023 - “Be the master of your resources, the architect of your success, and the vanguard of change in the leadership landscape!”

Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Puat Transformasi Insan (PTI) hari ini telah menganjurkan HOD's Strategic Leadership Programme (E-LEAD) iaitu sebuah program yang dibangunkan khusus untuk Ketua Jabatan USM selari dengan Pelan Strategik Universiti 2022-2024 iaitu membangunkan bakat yang kompetitif bersifat global.

Program yang berlangsung selama dua hari itu bertujuan untuk memantapkan kompetensi pengurusan sumber merangkumi aspek pelan penggantian dan mengoptimumkan sumber secara efektif dan efisien dalam proses membuat keputusan.

Menurut Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Ketua Jabatan merupakan ‘people support system’ yang paling penting kepada Universiti dan antara sumber penting yang perlu dilihat secara serius.

"Bagi pembangunan bakat berpotensi dalam 'succession planning', Universiti perlu mengetengahkan bakat-bakat di pusat tanggungjawab termasuklah bakat-bakat baru untuk barisan pelapis kepimpinan Universiti di masa hadapan.

WhatsApp Image 2023 09 15 at 16.53.40

“Sepertimana juga dalam perutusan YB Menteri Pendidikan Tinggi tahun 2023, pihak Universiti perlu mencungkil dan mengetengahkan kualiti bakat, menyediakan perkhidmatan yang cemerlang, serta menjadi lestari dan unggul sebagai pusat pembangunan ilmu terkemuka dan menerajui penyelidikan di peringkat antarabangsa.

“Ianya juga adalah untuk mempamerkan kekuatan “Niche Area USM”. Semua ini memerlukan kerjasama dan kredibiliti Ketua Jabatan yang kompeten agar “visibility” USM dapat ditonjolkan dan keupayaan USM diyakini di peringkat antarabangsa,” katanya lagi.

Tambah Abdul Rahman, USM memerlukan warga yang ‘egalitarian’, berilmu dan berbudaya tinggi. Ini bermakna Universiti perlu memperkukuhkan bakat sedia ada tidak kira para akademik, pentadbir mahupun pelajar.

Beliau turut menekankan konsep 4P yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam menjayakan kerangka Ekonomi MADANI iaitu penyediaan bakat; penyelidikan dan inovasi; pemindahan dan perkongsian ilmu serta pengantarabangsaan.

Dalam sesi tersebut, Abdul Rahman turut memberikan naratif perincian kepada para peserta berkenaan usaha USM dalam memberikan penekanan khusus terhadap aspek kelestarian dan usaha USM dalam memberikan tumpuan kepada program-program akademik dan penyelidikan yang berteraskan nilai (value-driven) serta berupaya memberikan impak kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) sebagaimana yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).

Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga USM yang telah bersama-sama bekerjasama dalam membantu untuk membangunkan pencapaian universiti yang mana kita semua dapat melihat hasilnya sekarang.

Harapan Abdul Rahman adalah agar program ini dapat menjadi platform bagi meningkatkan lagi pengetahuan dan memantapkan kompetensi Ketua Jabatan USM dalam aspek kepimpinan agar kekal relevan dan berwibawa.

Program E-LEAD ini berlangsung selama dua hari dengan melibatkan seramai 73 orang Ketua Jabatan daripada pelbagai pusat pengajian dan jabatan USM.

WhatsApp Image 2023 09 15 at 16.53.41

Program pada hari pertama ini turut menampilkan sesi pembentangan bertajuk Managing Resources: Collective Insights From Your Gems oleh Dekan Pusat Pengajian Pengurusan (SOM) USM, Profesor Dr. Noor Hazlina Ahmad; dan Succesion Planning: Strategies and Methods yang disampaikan oleh Pendaftar USM, Dato’ Dr. Musa Ali.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohamad Zaidi Jailani

  • Created on .
  • Hits: 598

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024