USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

87 PEGAWAI KADET PALAPES USM DITAULIAHKAN DI UUM

WhatsApp Image 2023 09 12 at 11.20.47 AM

SINTOK, 10 September 2023 – Seramai 87 Pegawai Kadet PALAPES USM yang terdiri daripada 35 Pegawai Kadet Darat, 21 Pegawai Kadet Laut dan 31 Pegawai Kadet Udara telah berjaya menamatkan latihan PALAPES selama 3 tahun dan telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda di dalam Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia.

Mereka merupakan sebahagian daripada sejumlah 1,488 Pegawai Kadet PALAPES daripada 20 Universiti Awam (UA) yang diraikan di Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES UA Ke-41 yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini pada Sabtu yang lalu.

WhatsApp Image 2023 09 12 at 11.20.48 AM 1 WhatsApp Image 2023 09 12 at 11.20.48 AM 2 WhatsApp Image 2023 09 12 at 11.20.49 AM

Majlis yang penuh dengan istiadat ini disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Safarudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah.

Majlis bermula dengan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja di Padang Kawad UUM diikuti dengan Istiadat Pengurniaan Watikah Tauliah di Dewan Muadzam Shah (DMAS).

WhatsApp Image 2023 09 12 at 11.20.48 AM

Kolonel (Kehormat) Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Naib Canselor USM merangkap Komandan PALAPES USM turut hadir menyaksikan majlis pentauliahan tersebut diiringi Timbalan Komandan PALAPES USM, Lt. Kol. Ts. Dr. Shahrizal Nazri.

WhatsApp Image 2023 09 12 at 11.20.51 AM

Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Palapes UA merupakan istiadat yang diadakan secara tahunan dan dianjurkan oleh UA di seluruh Malaysia mengikut penggiliran.

WhatsApp Image 2023 09 12 at 11.20.50 AM

Sekalung tahniah sekali lagi diucapkan kepada kesemua Pegawai Muda yang telah ditauliahkan. Sesungguhnya kejayaan ini adalah merupakan hasil komitmen dan semangat yang tinggi yang dipamerkan mereka.

Teks & Foto: Dr. Lim Chee Ann/Suntingan: Tan Ewe Hoe  

  • Created on .
  • Hits: 544

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024