USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PUSAT PENGAJIAN SENI USM ANJURKAN PERTANDINGAN DOODLE HARI MALAYSIA 2023

WhatsApp Image 2023 09 11 at 16.13.49

Untuk Memeriahkan Semangat Malaysia dan Mengasah Bakat Seni

USM PULAU PINANG, 11 September 2023 - Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia (USM) dengan bangganya mengumumkan Pertandingan Doodle Hari Malaysia 2023 bagi menyemarakkan lagi semangat Malaysia dan menyerlahkan bakat seni tempatan.

Tema untuk pertandingan ini adalah 'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan,' yang menggambarkan semangat perpaduan dan harapan masyarakat Malaysia untuk masa depan yang cerah.

Pertandingan ini membuka peluang kepada individu yang berbakat dan kreatif untuk mengekspresikan cinta mereka terhadap negara melalui seni coret atau doodle.

Pertandingan ini terbuka kepada dua kategori umur:

Kategori A (15 - 20 tahun)
Kategori B (21 tahun ke atas)

Peserta dijemput untuk berkongsi hasil karya mereka di media sosial dengan menyertakan tag kami di Facebook @artsuniversitisainsmalaysia dan Instagram @arts_usm.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Oktober 2023. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan pertandingan dan cara untuk menyertai, peserta boleh mengimbas kod QR di bawah atau klik pada pautan berikut: https://bit.ly/PertandinganDoodleHariMalaysia2023.

Semua peserta berpeluang memenangi hadiah yang lumayan, dan ini adalah peluang yang sangat baik untuk memamerkan bakat seni anda sambil menyumbang kepada semangat patrioritik negara.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik Gurvinderjit di talian 017-5392761 atau Unit Kebudayaan dan U-Design, Pusat Pengajian Seni USM di talian 04-653 3901.

Ayuh sertai pertandingan ini dan jadilah sebahagian daripada usaha untuk mengeratkan perpaduan dan merayakan Malaysia yang kita cintai.


Teks: Gurvinderjit Singh Sidhu A/L Sarjit Singh

  • Created on .
  • Hits: 994

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024