USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PERANAN PENGURUSAN PERTENGAHAN DALAM MENCAPAI AGENDA APEX USM

PULAU PINANG, 6 September 2023 – “Kepimpinan adalah tindakan, bukan jawatan.”

Selaras dengan Pelan Strategik Rancangan Strategik Universiti Sains Malaysia (USM) 2022-2024 yang bertujuan untuk membangunkan bakat yang kompetitif bagi memenuhi keperluan negara dan global, Pusat Transformasi Insan (PTI) USM telah menganjurkan Siri Pertama Program Pembangunan Bakat atau Accelerating High-Potential Leaders (A-LEAD) yang berfokus kepada Timbalan Ketua Jabatan USM.

WhatsApp Image 2023 09 07 at 09.40.07

Program yang julung kalinya diadakan itu bertujuan untuk memantapkan kompetensi pengurusan sumber merangkumi aspek pelan penggantian, mengoptimumkan sumber secara efektif dan efisien dalam proses pembuatan keputusan.

Objektif program adalah:

  1. membebaskan bakat inovatif dalaman mereka dengan merangkul pemikiran yang berwawasan terhadap sumber;
  2. menganalisis cabaran-cabaran dunia nyata yang kritikal, mengembangkan penyelesaian kreatif dan strategik;
  3. memperlengkapi peserta dengan kemahiran pengurusan sumber yang bijak dan cekap untuk membina ketahanan dan berjaya dalam menghadapi gangguan yang tidak dijangka.

Pengarah PTI USM, Roslan Ismail berkongsi tentang kerangka kompetensi Pembangunan Bakat yang melibatkan tujuh teras utama, yang mana fokus utama adalah kepada pengurusan sumber dan pemikiran strategik.

WhatsApp Image 2023 09 07 at 09.37.57 2

“PTI bertanggungjawab untuk mereka bentuk program-program berkaitan untuk memantapkan kompetensi untuk kita mengoptimumkan sumber-sumber yang ada di universiti,” katanya.

Program tersebut menampilkan Pengarah Pusat Penyelidikan Biokimia Analisis (ABrC) USM, Profesor Dr. Zafarina Zainuddin dengan tajuk pembentangan ‘The “True North” For USM: The APEX Agenda and The Role of the Middle Management Team’.

Dalam pembentangan itu, Zafarina membincangkan peranan pasukan pengurusan pertengahan dalam mencapai matlamat atau agenda APEX USM yang merangkumi peranan penting mereka dalam melaksanakan strategi dan inisiatif untuk mencapai misi dan visi USM yang menjadi fokus utama universiti.

WhatsApp Image 2023 09 07 at 09.37.57 1

“Dengan moto We Lead, kita perlu sentiasa memastikan pendidikan yang kita berikan kepada para pelajar USM adalah kelestarian untuk masa hadapan, dan misi kita adalah dengan membuat sesuatu yang mempunyai impak kepada masyarakat terutamanya kepada para graduan yang bakal dihasilkan,” katanya.

Zafarina turut menekankan lima teras rukun nilai USM iaitu kebijaksanaan, kebenaran, qalbu, kemanusiaan dan keindahan, yang mana kelima-lima teras tersebut adalah untuk memantapkan diri kita dahulu sebelum kita boleh memberi kepada orang lain.

Tambah Zafarina, APEX yang kita perjuangkan ini adalah untuk mengupayakan dan membantu golongan terkebawah dan masyarakat yang memerlukan demi mentransformasikan kesejahteraan sosioekonomi mereka sesuai dengan misi dan visi USM kerana We Lead.

“Be a marathoner not a sprinter,” kata Zafarina sebagai penutup kepada pembentangannya.

Program A-LEAD siri pertama ini berlangsung selama dua hari dengan melibatkan seramai 29 orang Timbalan Dekan daripada pusat-pusat pengajian USM.

WhatsApp Image 2023 09 07 at 09.37.57 3

Turut diselitkan dalam program pada hari pertama adalah pembentangan bertajuk Strategic Thinking: Think Wide, Think Deep oleh Dekan Pusat Pengajian Pengurusan (SOM) USM, Profesor Dr. Noor Hazlina Ahmad dan Strategic Insights Matrix and Action Plans yang disampaikan oleh Timbalan Dekan SOM USM, Profesor Dr. Hasliza Abdul Halim.

WhatsApp Image 2023 09 07 at 09.42.17

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Shahnizam Ab Rahim  

  • Created on .
  • Hits: 529

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024