PAKAR BEDAH NEURO USM DILANTIK MEWAKILI MALAYSIA DI PERSIDANGAN BANGSA-BANGSA BERSATU
PULAU PINANG, 5 September 2023 – Profesor Dato’ Dr. Hj Jafri Malin Abdullah, dari Pusat Pengajian Sains Perubatan/Hospital USM (HUSM), Universiti Sains Malaysia (USM) telah dilantik sebagai wakil negara Malaysia dan akan berucap di Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78 (UNGA) di New York, Amerika Syarikat.
Melalui surat edaran dari Akademi Sains Malaysia (ASM), Jafri Malin, yang juga Pengerusi ‘Brain Behaviour Research Cluster’ dan Profesor Neurosains di USM telah dilantik untuk berdiskusi dan mewakili negara bersama dengan 30 pakar dari negara lain, bersempena dengan ‘Brain Health and Research Day’ di sana. Jafri Malin juga adalah seorang felo ASM.
Program ini adalah sebahagian dari Persidangan Sains (Science Summit) yang dianjurkan oleh ‘European Brain Council’ (EBC), yang berlangsung sewaktu UNGA diadakan September ini.
Antara lain, persidangan tersebut yang akan diadakan di Harvard Club of New York, akan berperanan sebagai platform untuk bertukar-tukar hasil kajian terkini dan menyelaraskan keutamaan serta kesepakatan yang ingin dicapai untuk bergerak ke hadapan bersama dalam memahami dan menangani isu-isu tentang polisi dan perancangan berkaitan kajian perkembangan otak dan kesihatan mental.
Teks: Mazlan Hanafi Basharudin
- Created on .
- Hits: 295