USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

STAF HOSPITAL USM DERMA DARAH

KUBANG KERIAN, 17 Mei 2015 - Walaupun sibuk dengan tugas harian di wad, 22 orang staf Hospital USM terutama jururawat menderma darah mereka sempena Sambutan Hari Jururawat Sedunia anjuran Persatuan Jururawat Malaysia Cawangan Hospital USM di Unit Perubatan Transfusi Hospital USM yang berjaya mengumpulkan 22 pain darah hari ini.

Menurut Pengerusi Persatuan Jururawat Malaysia Cawangan Hospital USM, Hajah Chik Hussin, program khidmat komuniti ini merupakan satu usaha membantu masyarakat yang diadakan tiga kali setahun bagi memenuhi keperluan darah semasa melalui jururawat, pegawai perubatan, pembantu perawatan kesihatan dan pelajar.

"Mereka yang bertugas boleh memohon pelepasan sementara untuk tujuan ini kerana proses menderma darah hanya mengambil masa paling lama 30 minit dan dua jam untuk pulih semula sepenuhnya," katanya.

Jururawat Wad Dua Selatan Che Siti Rohayah Che Harun amat berpuas hati dapat menghulurkan bantuan kepada pesakit yang memerlukan dengan cara menderma darah.

"Setelah mendengar maklumat daripada ketua jururawat yang inginkan sukarelawan, saya dengan rela hati menyahut seruan tersebut yang walau pun sedang bertugas tetap gagahkan diri untuk menjadi salah seorang penderma yang akan diteruskan pada masa hadapan," katanya.Pembantu Perawatan Pesakit Wad Tiga Utara Maslina Amirudin menyifatkan program ini sebagai satu usaha murni yang semua staf patut menyokongnya.

"Proses menderma darah tidak memerlukan masa yang lama, hanya perlu ada sikap ingin membantu dalam diri masing-masing untuk memastikan kesejahteraan orang yang memerlukan," ujarnya. - Teks: Mohd Hafiz Yaacob/Muhd Zulkifi Zakaria/Foto: Abdul Aziz Latif

  • Created on .
  • Hits: 903

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024