USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

EVO REHAB USAHA INOVASI KREATIF BANTU PESAKIT

KUBANG KERIAN, 17 Mei 2015 - Reka cipta dan inovasi oleh kumpulan EVO Rehab yang ditubuhkan melalui Unit Pemulihan Perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan (HUSM) pada 3 Januari 2013 dan dianggotai sembilan orang ahli yang menggunakan motto "Adaptasi bersama Evolusi" yang mereka cipta projek Lolimex (Lower limb exerciser), sebagai alat senaman bagi menguatkan anggota bawah semasa rawatan pemulihan pesakit Arthritis, kecederaan sukan, strok dan kes kepatahan dengan harga yang murah, mudah dikendalikan, mesra pelanggan dan mudah alih.

Unit Pemulihan Perubatan HUSM banyak membantu pesakit dengan reka cipta dan inovasi yang kreatif yang unik, mudah dan bernilai secara berterusan sejak 1997.

Pemangku Ketua Unit Pemulihan, Mohd Zamani Mamat berkata, mereka berusaha mengenalpasti dan menyelesaikan masalah di tempat kerja, melakukan transformasi untuk kecemerlangan, empati pada pelanggan dan melakukan penambahbaikan dalam perkhidmatan dan pengurusan yang membawa kepada penerokaan rekacipta inovasi baharu.

"Lolimex contohnya dapat membantu pesakit dalam mengelak komplikasi yang mungkin berlaku seperti kekerasan pada sendi dan kelemahan pada otot kerana kos yang tinggi, saiz yang terlalu besar dan boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesukaran pengendalian oleh pesakit apabila menggunakan peralatan sedia ada," kata Zamani.

Tambahnya lagi, reka cipta baharu ini mampu menjimatkan kira-kira RM20,221.00 seunit atau RM100,105.00 dalam masa setahun jika lima buah alat dibekalkan.

"Dari segi pengurangan kos selepas projek adalah sebanyak 97 peratus dan penjimatan masa pembekalan alat 50 peratus dengan perubahan standard operating procedure (SOP) perawatan pesakit yang mengalami kelemahan anggota bawah seperti kepatahan, strok, kecederaan sukan dan arthritis," kata Zamani.

Reka cipta ini telah memenangi beberapa anugerah, penghargaan dan pengiktirafan seperti memenangi Johan kategori teknikal Konvensyen Inovatif Dan Kreatif (KIK) peringkat Kampus Kesihatan USM pada 2013, Anugerah Emas Kategori Teknikal, KIK Kampus Kesihatan USM 2013, Anugerah Emas Malaysian Productivity Corporation (MPC) Wilayah Timur 2013, Anugerah Emas Pertandingan Inovasi dan Rekacipta Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan 2013 serta Anugerah Emas Tiga Bintang Konvensyen MPC Peringkat Kebangsaan 2013.

EVO Rehab turut menjadi Johan Kategori Teknikal Anugerah Emas Kategori Teknikal dan Johan KIK ke-10 yang diadakan di Univerisiti Malaysia Sarawak 2014, Anugerah Inovasi Negara, Kategori Perkhidmatan di dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 2014 dan tempat kedua Anugerah Inovasi Kementerian Pendidikan Malaysia 2014. - Teks: Wan Azahar Wan Ahmad/Suntingan: Mohamad Abdullah/Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

  • Created on .
  • Hits: 1142

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024