PELAJAR, PENSYARAH SAINS KOMPUTER HARUMKAN NAMA USM DALAM PERTANDINGAN ANTARABANGSA CIC 2023 DAN iCAN 2023
USM PULAU PINANG, 29 Ogos 2023 – Universiti Sains Malaysia (USM), melalui Pusat Pengajian Sains Komputer, baru-baru ini telah berjaya memenangi dua pertandingan di peringkat antarabangsa.
Kedua-dua pertandingan tersebut yang disertai oleh pelajar dan pensyarah telah menghasilkan kejayaan yang amat membanggakan.
Dalam pertandingan The 10th Korea Creative Invention Contest (CIC 2023), projek yang dikenali sebagai “My Secure Awareness” (MSA) yang dihasilkan oleh Nureen Aulia binti Mohd Zaini dan Dr Zarul Firti bin Zaaba telah memenangi Pingat Emas (Gold Medal) dan ‘Chinese Innovation & Invention Society (CIIS) Taiwan CIIS Special Award’.
Seterusnya, dalam pertandingan International Invention Innovation Competition in Canada (iCAN 2023) pula, projek “MyKasihApp” (MYA) yang dihasilkan oleh Chia Wai Xuan dan Dr Zarul Fitri bin Zaaba telah memenangi Pingat Perak (Silver Medal), ‘International Special Award: Organisation for Creativity, Innovation and Invention Promotion (OCIIP)’ dan ‘International Special Award: Korea University Invention Association (KUIA)’.
Dalam pertandingan yang sama, projek “MyDailyPrice” (MDP) yang dihasilkan oleh Lim Zhi Xuan dan Dr. Zarul Fitri Zaaba juga telah memenangi Pingat Emas (Gold Medal), ‘International Special Award: Eurobusiness-Haller & Haller Pro Inventio Foundation’ dan ‘Best Invention Video Award’.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!
Teks: Mazlan Hanafi Basharudin
- Created on .
- Hits: 606