USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROGRAM TURUN PADANG NAIB CANSELOR KE HBP, INFORMATIF DAN PENUH KEKELUARGAAN

USM PULAU PINANG, 30 Ogos 2023 – Bagai aur dengan tebing. Saling menyokong, saling perlu dan memerlukan. Demikianlah perumpamaan dinamiknya hubungan antara pucuk pimpinan sesebuah organisasi dengan subordinat di bawah naungannya.

ae6d7db2 f114 4603 81e1 5b230ccba58b

Saling kaitan ini hari ini diterjemahkan semasa sesi turun padang Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed ke Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (HBP).

Pertemuan bersama Dekan HBP, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Rodzi Ismail; barisan kepimpinan serta warga kerja akademik serta bukan akademik berlangsung dalam suasana harmoni dan sarat dengan nilai kekeluargaan.

91df6612 4697 482e 8dc8 b0e6aaca235a

Selain bertanya khabar serta mendengar pembentangan berkaitan perancangan dan pencapaian tahun semasa HBP, Naib Canselor turut memberi peluang kepada warga HBP bagi menyuarakan isu serta permasalahan semasa.

Naib Canselor bagi pihak seluruh kepimpinan tertinggi USM menzahirkan komitmen tidak berbelah bahagi untuk berusaha memastikan sumber serta fasiliti yang berkait dengan ‘core business’ USM iaitu penawaran program akademik dan penyelidikan sentiasa diberi keutamaan.

Naib Canselor turut menekankan iltizam beliau serta pengurusan tertinggi USM untuk memastikan kesejahteraan warga sentiasa diberi perhatian agar tiada gangguan dalam pelaksanaan fokus-fokus universiti dalam segenap aspek.

Kesempatan bertemu warga PTJ juga dimanfaatkan oleh Naib Canselor untuk menjelaskan beberapa perkara kepentingan ramai, khususnya berkaitan pelantikan staf, kenaikan pangkat serta berkaitan kewangan.

Program turun padang Naib Canselor ke PTJ akan diteruskan daripada semasa ke semasa bagi memberi peluang sebanyak mungkin kepada warga USM mengutarakan isu serta permasalahan selain berkongsi pencapaian dan pelan hala tuju ke hadapan.

Teks: Amyrulhan Azhari

  • Created on .
  • Hits: 390

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024