USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SUKYA 2023 DI USM BERI PELUANG ANAK-ANAK YATIM RASAI PENGALAMAN SEBENAR KEHIDUPAN MAHASISWA

bdbb98fe 8339 412d 948e 09c37c9a62bf

USM PULAU PINANG, 30 Ogos 2023 – Ibu atau bapa mereka sudah meninggal dunia dan ada antara mereka yang sudah pun kehilangan kedua-dua ibu dan bapa.

Anak-anak yatim yang tinggal dan membesar di rumah-rumah anak yatim tentunya terbatas pergerakan serta aktiviti berbanding anak-anak yang masih mempunyai ibu bapa dan tinggal bersama keluarga.

16fde4c0 db8d 4a28 97d2 1c5d7f5a4314

Sebahagian daripada kira-kira 3,500 anak yatim yang menyertai Temasya Sukan Anak-anak Yatim Peringkat Kebangsaan (SUKYA) kali ke-12 yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pada 25 hingga 30 Ogos 2023 begitu bertuah.

Mereka telah diraikan sendiri oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed serta kakitangan Pejabat Naib Canselor di Anjung Jannatun iaitu kediaman rasmi Naib Canselor.

34c8d19a 8feb 4a9a b73c 17f701f2e895

Naib Canselor dalam ucapan beliau antara lain menyatakan bahawa USM komited dalam usaha mengilmukan masyarakat dan merakyatkan universiti selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 1, 2, 3 dan 4 iaitu Tiada Kemiskinan, Kelaparan Sifar, Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik dan Akses kepada Pendidikan Berkualiti.

316c1fb5 bed3 4bf2 86dd 261aa0885a56

Sebahagian mereka turut berpeluang meninjau sekitar kampus USM termasuk menyaksikan pameran ‘Journey’ iaitu hasil kerja pelajar seni RINTIS yang sedang berlangsung di Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF).

Sebelum temasya melabuhkan tirai, anak-anak yatim berkenaan turut diraikan dengan hidangan aiskrim di Dewan Utama Desasiswa Restu USM.

0cf77e05 3146 481c ab1f 3ee5e8ab29c5

Temasya SUKYA kali ini bukan sahaja menonjolkan bakat sukan dalam kalangan peserta tetapi dalam waktu yang sama memberi peluang kepada mereka merasai suasana sebenar kehidupan mahasiswa di universiti.

4bf04c00 f050 447d 9b15 780d347a80e4

2c0ec026 30f6 4340 9f60 ada7a34b73d0

Untuk Temasya SUKYA ke-12 ini, sebanyak 16 acara dipertandingkan membabitkan pelbagai sukan antaranya olahraga, bola tampar, bola jaring, bola sepak, badminton, sepak takraw, renang dan memanah.

Teks: Amyrulhan Azhari & Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 592

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024