USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MBK PEKERJA SAINS DAN TEKNOLOGI TINJAU KEHEBATAN TEKNOLOGI AEROANGKASA USM

 

USM PULAU PINANG, 24 Ogos 2023 - Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah menerima lawatan kerja daripada pihak Ahli Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) Pekerja Sains dan Teknologi dalam Kumpulan Pelaksana bersama sekretariat Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia untuk melihat Teknologi Aeroangkasa yang terdapat di USM.

Lawatan kerja tersebut bertujuan untuk melihat dan meninjau perkembangan dan kepakaran teknologi aeroangkasa yang diterajui Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa (PPKA) USM.

Hadir pada sesi lawatan ini adalah Pengarah Bahagian Gaji dan Elaun, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Hasmarulaini Omar bersama Presiden CUEPACS merangkap Pengerusi MBK, Dato’ Haji Adnan Mat diiringi Pendaftar USM, Dato’ Dr. Musa Ali.

Berlangsung di Dewan Persidangan Universiti USM, Dekan PPKA, Profesor Dr. Farzad Ismail bersama pensyarah-pensyarah PPKA yang lain memberikan perkongsian dan pembentangan mengenai ekosistem aeroangkasa termasuk projek-projek teknologi yang berkaitan aeroangkasa yang sedang giat diusahakan oleh pihak PPKA.

Menurut Farzad, pihak PPKA terbuka kepada kolaborasi mengikut bidang kepakaran yang sedia ada yang bersesuaian seperti mengadakan kursus latihan pendek.

Dalam sesi perkongsian itu, para pensyarah PPKA memberikan pembentangan lanjut mengikut kepakaran masing-masing seperti tinjauan drone, angkasa lepas, perubahan iklim dan syarikat spin-off yang memfokus kepada pembinaan satelit kecil, PocketQube.

Hadir sama adalah pengawai-pegawai utama JPA, CUEPACS dan USM.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 313

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024