USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DUA PELAJAR PPSKH DIRAI DI MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK ISP 2022

USM PULAU PINANG, 22 Ogos 2023 - Cendekiawan ada menyatakan, tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu.

Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut bagi mempersiapkan generasi muda dengan keperluan mengisi tenaga mahir masa kini.

Pusat Pengajian Sains Kajihayat (PPSKH) Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama dan tajaan The Incorporated Society of Planters (ISP) hari ini telah meraikan dua orang pelajar PPSKH sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik di Majlis Penyerahan Anugerah Kecemerlangan Akademik ISP bagi tahun 2022.

IMG 6529

Kriteria pemilihan anugerah yang ditetapkan oleh pihak ISP adalah berdasarkan purata nilai gred kumulatif (PGNK) 3.8 dan ke atas.

Mereka yang diraikan adalah Oong Xian Zhe, pelajar Sarjana Muda Sains Gunaan (Agrobiologi) dengan PGNK 3.87 dan Thien Oi Yee, pelajar Sarjana Muda Sains (Mikrobiologi) dengan PGNK 3.86.

WhatsApp Image 2023 08 22 at 12.00.54 WhatsApp Image 2023 08 22 at 12.00.54 1

Hadir bagi menyampaikan anugerah adalah Ketua Eksekutif ISP, Rajindran Irusan.

Rajindran dalam ucapannya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kedua-dua penerima anugerah di atas kejayaan ini.

Menurutnya, objektif utama ISP adalah untuk menyediakan ilmu dan kemahiran dalam bidang ‘plantation’dan beliau mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menjadi ahli ISP bagi meningkatkan dan menggalakkan ilmu dan kemahiran dalam bidang tersebut.

WhatsApp Image 2023 08 22 at 12.00.53

“Pembelajaran adalah satu perjalanan dan pengetahuan merupakan satu prosess pembelajaran sepanjang hayat. Kepada para penerima anugerah, selamat maju jaya dan harapan saya adalah dengan mendapat anugerah seperti ini, anda dapat menyumbang kembali kepada alma mater anda dan dan memberikan manfaat kepada masyarakat sekeliling anda,” kata Rajindran.

Sementara itu, Dekan PPSKH USM, Profesor Dato’ Dr. Amirul Al-Ashraf Abdullah dalam ucapannya berkata, pelajar merupakan tiang negara dan bakal pemimpin masa hadapan. Oleh itu, sebagai seorang pendidik, adalah penting untuk kita berusaha  meningkatkan kualiti perkhidmatan agar perkhidmatan pendidikan akan menjadi contoh kepada perkhidmatan yang lain.

WhatsApp Image 2023 08 22 at 12.00.52

“Semoga dengan kejayaan mereka ini, dapat menjadi pendorong kepada rakan-rakan yang lain untuk lebih cemerlang pada masa hadapan dan menjadi asas teguh untuk meneruskan pejalanan hidup dengan lebih berkeyakinan,” katanya.

Tambah Amirul, pihak PPSKH berharap agar lebih banyak pihak industry, korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk tampil ke hadapan bersama-sama memacu kecemerlangan pada masa hadapan.

Hadir sama pada majlis adalah timbalan-timbalan dekan PPSKH USM serta pengurus program.

WhatsApp Image 2023 08 22 at 12.00.55

----------------

Mengenai The Incorporated Society of Planters (ISP)

The Incorporated Society of Planters (ISP) merupakan sebuah badan profesional yang ditubuhkan pada 8 Oktober 1919 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan dan tiada modal saham di bawah Akta Syarikat.

Selama seratus tahun hingga awal tahun lapan puluhan, sektor perladangan memainkan peranan penting dalam ekonomi Malaysia. Ia mewujudkan peluang pekerjaan yang luas di negara ini dan merupakan penyumbang utama kepada pendapatan pertukaran asing. Ia telah menjadikan Malaysia sebagai peneraju dunia dalam pertanian perladangan.

Dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peralihan dalam industri perladangan daripada kebimbangan sebelum ini untuk mewujudkan peluang pekerjaan ke arah meningkatkan kemahiran untuk produktiviti bagi mengekalkan daya saing Malaysia.

Untuk Malaysia mengekalkan kedudukannya di barisan hadapan dalam bidang penanaman perladangan, ianya perlu menerajui inovasi teknikal, seperti mekanisasi operasi peladangan dan melalui peningkatan nilai ditambah dalam penggunaan hiliran produk utama negara.

ISP dengan pasukan yang telah terbukti menerajuinya akan terus memanfaatkan kemahiran inovatif dan teknikal ahlinya untuk mengekalkan pertumbuhan Persatuan dan rekod kecemerlangan Malaysia yang tiada tandingan dalam pertanian perladangan, pada alaf baharu.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/ Foto: Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 597

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024