USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MoA USM, YUNTECH PERKUKUH JALINAN KERJASAMA ANTARABANGSA SEKTOR PENDIDIKAN TINGGI

WhatsApp Image 2023 08 17 at 12.46.15 PM WhatsApp Image 2023 08 17 at 12.49.46 PM

USM PULAU PINANG, 17 Ogos 2023 – Universiti Sains Malaysia (USM) dan National Yunlin University of Science and Technology (YunTech), Taiwan telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi memantapkan jalinan kerjasama pendidikan tinggi dalam rangkaian pusat kecemerlangan penyelidikan kedua-dua negara.

MoA tersebut antara lainnya akan mengukuhkan lagi kerjasama pendidikan antara kedua-dua negara bagi membolehkan lebih banyak program pertukaran tenaga pakar dan pelajar bertujuan memupuk pembelajaran silang budaya serta perkongsian kepakaran kedua-dua institusi.

Bercakap di majlis penandatanganan MoA tersebut secara dalam talian, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USM, Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat berkata, USM sentiasa bersedia memberi komitmen terutamanya membabitkan kerjasama akademik melalui perkongsian sumber dan penerbitan penyelidikan bersama.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YunTech, yang merupakan salah sebuah universiti sains dan teknologi terkemuka di Taiwan, kerana memilih USM untuk bergabung tenaga dengan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), USM bagi merealisasikan hasrat menggerakkan kecemerlangan pendidikan tinggi seperti yang disasarkan,” ucap beliau ketika mewakili Naib Canselor di majlis penandatanganan MoA antara kedua-dua pihak secara dalam talian di Bilik Persidangan PPPJJ, di sini.

WhatsApp Image 2023 08 17 at 12.46.14 PM

Narimah turut berharap dengan kerjasama ini dapat menggiatkan lagi program-program akademik peringkat antarabangsa khususnya persidangan, seminar dan bengkel bagi menggalakkan penyelidikan, inovasi dan pembangunan kemahiran staf dan pelajar kedua-dua institusi.

“Akhir matlamat, USM dan YunTech bersedia untuk mewujudkan persekitaran akademik yang berkembang maju, memupuk pertumbuhan bersama dan kecemerlangan dalam pendidikan tinggi di negara masing-masing,” kata beliau lagi.

Di majlis yang sama, Presiden National Yunlin University of Science and Technology, Taiwan, Profesor Dr. Neng-Shu Yang berkata, kerjasama USM-YunTech ini merupakan platform terbaik untuk kedua-dua pihak mengembangkan usaha melalui kepakaran yang dimiliki untuk pembangunan akademia, penyelidikan dan inovasi bersama.

WhatsApp Image 2023 08 17 at 12.46.14 PM1 WhatsApp Image 2023 08 17 at 12.52.37 PM

Beliau turut berharap kerjasama yang lebih erat dalam pelbagai bidang di sektor pendidikan tinggi dapat dilaksanakan oleh USM dan YunTech pada masa mendatang.

Yang turut hadir adalah Dekan PPPJJ, USM, Prof. Madya Dr. Zulnaidi Yaacob; Dekan Pejabat Hal Ehwal Antrabangsa, YunTech, Prof. Madya Dr. Wei-Hwa Pan; Timbalan Dekan Kolej Pengurusan, YunTech, Prof. Dr. Chia-Ming Sun; dan barisan pengurusan tertinggi Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar/Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 516

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024