USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MANTAN NAIB CANSELOR USM KONGSI ILMU, KUKUHKAN PEMAHAMAN PENYELIDIK BAGI PERMOHONAN GERAN RUTrans 2023

5363d562 7aa7 4715 b76d baf7f580155c

USM PULAU PINANG, 14 Ogos 2023 – Mantan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Emerita Datuk Dr. Asma Ismail hadir ke USM bagi berkongsi ilmu dan kepakaran beliau kepada penyelidik-penyelidik USM dalam permohonan Skim Geran Universiti Penyelidikan Transdisiplinari (RUTrans) Tahun 2023.

Perkongsian beliau selama dua jam di hadapan lebih 150 penyelidik USM dari Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan (dalam talian) untuk memberi kefahaman lebih jelas berhubung tajuk ‘Research On Planetary Well-Being’ yang merupakan tajuk utama dalam pemohonan geran berkumpulan seperti geran Transdisciplinary Research Grant Scheme (TRGS), KPT dan geran-geran luar lain. 

Sesi ceramah tersebut merupakan platform terbaik untuk para penyelidik USM mendapatkan tips berguna serta memahami dengan lebih jelas tajuk ‘call for proposals' untuk proses permohonan geran RUTrans 2023, memandangkan Asma juga adalah Pengerusi Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan.

4e579f1a 9309 4229 8857 03c0a8e0f9a4

Mewakili Naib Canselor pada sesi ceramah tersebut, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Dr. Habibah A Wahab mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih buat Asma kerana meluangkan masa berkongsi kepakaran dan pengalaman beliau selaku Profesor Kehormat USM berkaitan 'Research On Planetary Well-Being'.

Kata beliau lagi, pembukaan RUTransdisiplinari (RUTrans) universiti juga akan menggunakan tema yang sama dan geran ini adalah antara program penyelidikan yang perlu selari dengan agenda Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (APEX) universiti. 

0056a92b a098 471e 99f1 c4cd61f0aae9

"Geran-geran transdisiplinari perlu memberi jawapan terutamanya kepada pernyataan masalah global dan mencari penyelesaian terhadap pencapaian matlamat Sustainable Development Goals (SDGs).

"Hasilan penyelidikan juga perlu diadaptasi dalam sektor industri, agensi kerajaan, NGO atau komuniti melalui pemindahan ilmu dan teknologi," kata Habibah ketika menyampaikan ucapan alu-aluan beliau di Dewan Persidangan Universiti (DPU), di sini.

Beliau turut berharap penyelidik USM terus komited dalam penghasilan kerja-kerja penyelidikan yang berimpak dan berkualiti, khususnya yang telah menyumbang kepada pencapaian SDG, dengan sokongan dana penyelidikan daripada pelbagai sumber yang menjadikan USM cemerlang di peringkat global.

Yang turut hadir adalah Pengarah, Pejabat Pengurusan dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO) USM, Profesor Dr. Zainovia Lockman yang menyampaikan pengenalan Call For Proposals RUTrans 2023; ketua-ketua jabatan dan staf-staf akademik USM.

15eda025 4c18 478c 86be d722b8e98bbf

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar/Foto: Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 360

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024