USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROGRAM MAJLIS SEMARAK SISWA MADANI; BHEPA USM CAKNA KEBAJIKAN PELAJAR B40

WhatsApp Image 2023 08 09 at 2.08.28 PM

USM PULAU PINANG, 9 Ogos 2023 - Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini telah menjalankan Majlis Semarak Siswa Madani Bantuan Kebajikan Pelajar B40.

Majlis tersebut dijalankan bagi menyampaikan sumbangan Bantuan Naik Taraf Peranti Pelajar berjumlah RM10,000 kepada 20 orang pelajar B40 dan Bantuan Wang Ehsan berjumlah RM3,000 kepada 6 orang pelajar B40 kategori B1 yang sedang menjalani pengajian di USM.

WhatsApp Image 2023 08 09 at 2.08.27 PM1

Bantuan disampaikan sendiri oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed kepada semua pelajar yang layak.

Beliau diiringi oleh Timbalan Pendaftar BHEPA, Jelfariny Mohd Jelahni dan Pegawai Kebajikan Pelajar yang juga Penolong Pendaftar Kanan di BHEPA, Sheilawanis Abdul Karim.

WhatsApp Image 2023 08 09 at 2.08.27 PM

Dalam ucapan beliau, Abdul Rahman berharap agar para pelajar dapat menggunakan bantuan tersebut dengan sebaik mungkin.

Pada masa sama, beliau juga berharap agar bantuan yang diberi dapat meringankan beban pelajar dan dapat membantu mereka memberi fokus kepada pelajaran, untuk terus mengorak langkah bagi mengubah nasib keluarga ke arah kehidupan yang lebih baik.

WhatsApp Image 2023 08 09 at 2.08.26 PM

Teks/Foto: Nur Ilanee Mohd Nasir
Disediakan oleh: Unit Media dan Dokumentasi

  • Created on .
  • Hits: 503

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024